Wanita Sorok Positif Covid Akhirnya Satu Keluarga Meninggal Dunia. | Virus Covid-19 amatlah bahaya, kerana ianya adalah satu musuh yang kita tak nampak dan senang merebak. Banyak juga kes di Malaysia merahsiakan bahawa dia positif Covid-19 dari pengetahuan orang dan dia menyebabkan tersebarnya virus tersebut kepada orang yang menjadi kontak rapat pada dirinya.
Ini yang terjadi pada keluarga ini sehingga mengorbankan satu keluarga apabila puncanya si isteri tidak memberitahau bahawa dia positif Covid-19. Baca selanjutnya.
Caracas: Sebuah keluarga terdiri daripada lima beranak meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19.
Lebih menyedihkan kerana kematian mereka dikatakan berpunca daripada seorang daripada mereka, Veronica Garcia Fuentes, 36, iaitu si isteri yang merahsiakan status pesakit Covid-19 daripada pengetahuan keluarga.
Newsweek melaporkan Veronica yang berasal dari Tachira, Venezuela jatuh sakit akibat demam pada pertengahan Disember lalu.
Wanita itu kemudiannya menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) sebelum mengasingkan diri di rumah.
Namun, dia hanya memberitahu suami, Jose Antonio, 33, selepas dia hanya mengalami selesema yang teruk.
Akhbar tempatan Venezuela, La Nacion mendedahkan Fuentes mungkin merahsiakan statusnya yang dijangkiti Covid-19.
Namun, Fuentes akhirnya berterus-terang dengan suaminya ketika dalam perjalanan ke majlis keraian dihadiri keluarga untuk mengelakkannya daripada bergaul dengan saudara-mara.
Beberapa hari selepas itu, suaminya dimasukkan ke hospital dengan gejala yang serius dan seminggu kemudian, pasangan berkenaan dilaporkan meninggal dunia.
Ketiga-tiga anak mereka turut meninggal dunia pada akhir bulan lalu.
Pihak berkuasa perubatan di wilayah berkenaan berusaha menangani kes yang menyedihkan itu dengan memperketatkan peraturan berhubung pelitup muka dan penjarakan sosial.
Pakar turut memberi amaran kepada orang ramai supaya lebih waspada mengenai bahaya virus berkenaan.
Sehingga bulan ini, terdapat 127,346 kes Covid-19 disahkan di Venezuela dengan 1,196 kematian, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sumber : Metro