Wanita Terjun Daripada Teksi Yg Sedang Bergerak. ADA VIDEO.

| March 15, 2021 | 0 Comments

Wanita Terjun Daripada Teksi Yg Sedang Bergerak. ADA VIDEO. | PETALING JAYA- Polis mengesahkan menerima laporan berhubung video tular di laman media sosial yang memaparkan seorang wanita terjun daripada teksi yang sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian itu dan sedang dalam proses penyiasatan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields sedang siasat selepas laporan dibuat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Terdahulu, video berdurasi seminit itu tular di laman media sosial apabila seorang wanita merupakan penumpang teksi bertindak terjun daripada kenderaan terbabit.

Kejadian itu yang dipercayai berlaku di hadapan Dataran Maybank, Bangsar turut memaparkan wanita tersebut bertindak menaiki kereta lain yang berada di belakang teksi.

Dalam video itu, turut menunjukkan pemandu teksi ada berbual bersama pemandu kereta sebelum kedua-dua berlalu pergi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *