Ingat Watak Din Dalam KAMI ? Ini Punca Kenapa Din Tak Sambung Berlakon Walau Berbakat | Masih ingat watak budak nama Din dalam filem KAMI yang dibintangi arwah Sudirman? Ini punca sebenar kenapa Din tak sambung berlakon walau berbakat besar. Baca selanjutnya.

PUNCA DIN TAK SAMBUNG BERLAKON WALAU BERBAKAT

Masihkah anda ingat dengan filem ‘KAMI’ lakonan Allahyarham Sudirman dan pelakon cilik berusia 11 tahun yang memegang watak Din?

Untuk info, Zul Zamrin Zamanhuri yang memegang watak Din kini bekerja sebagai orang kuat IT di negara ini. Beliau yang pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Pesta Filem Malaysia ke-3, di Kuala Lumpur sebenarnya telah diberi peluang berlakon disamping Sudirman kerana ‘tuah’ sebagai peminat.

Menurut Zul, dia sebenarnya tidak berminat lagi dalam dunia lakonan dan filem KAMI merupakan filem pertama dan terakhir baginya.

“Saya sebenarnya mengikut kata ibu yang mahukan saya berjaya dalam akademik dan bukannya lakonan.

Bagaimanapun, peluang berlakon disamping Allahyarham merupakan peluang seumur hidup yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini,” ujarnya yang masih menyimpan keratan akhbar mengenai berita penglibatannya dalam filem KAMI.

Terdahulu, Zul secara berseloroh mengatakan bahawa nama ‘Din’ dalam filem itu seperti sudah melekat dalam hidupnya. Malah anaknya juga memanggilnya Din apabila mereka menonton kembali filem tersebut.

Filem itu hebat dan diingati bukan kerana saya, tetapi kerana nama Sudirman yang menerajuinya. Sampai sekarang saya masih ingat kebaikan Arwah dan tunjuk ajarnya ketika berlakon bersama,” tambah Zul menutup bicara.

Sumber : MY ARTIS via KL Viral

Share.

Leave A Reply