Inilah Khasiat Lengkuas Yang Ramai Orang Tak Tahu.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Lengkuas atau nama saintifiknya Alpinia Galanga terdiri daripada jenis besar dan kecil. Lengkuas besar (greater galangal) dikatakan berasal dari jawa dan digunakan dengan meluas di Malaysia di Indonesia. Manakala lengkuas kecil(lesser galangal) pula di katakan berasal dari china. Ia juga turut tumbuh di india dan seluruh Asia Tenggara

Inilah Khasiat Lengkuas Yang Ramai Orang Tak Tahu.

Lengkuas telah digunakan di barat sejak zaman pertengahan. Sifat-sifat perangsang dan tonik dalam lengkuas pula telah membuatkan orang Arab memberikannya pada kuda untuk merangsangnya. Ditimur pula,lengkuas yang telah di jadikan serbuk digunakan dalam pembuatan pewangi dan minuman.

Apakah khasiat lengkuas?

1. Masalah pencernaan
Perubatan Cina dikatakan menggunakan lengkuas dalam formula untuk merawat masalah-masalah pencernaan dan kesihatan sistem penghadaman. Jom kami kongsikan resepi ayam goreng lengkuas yang baik untuk pencernaan.

Bahan-bahannya:

10 ketul kepak atau peha ayam.

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 batang serai
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit basah
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil jus asam jawa
  • 2 cm lengkuas – hiris halus & goreng garing

Cara menyediakan:

  • Gaulkan ayam dengan bahan kisar, biarkan perap selama 20 minit.
  • Panaskan sedikit minyak, masukkan ayam tadi, kacau rata.
  • Tutupkan periuk sebentar, masak dengan api kecil selama 10 minit.
  • Angkat ayam tadi dan goreng hingga garing.
  • Hidangkan dengan taburan lengkuas goreng.

2. Menghilangkan bau busuk pada badan
Di India pula, lengkuas dikatakan digunakan sebagai pewangi tubuh, ketiak dan juga untuk menghilangkan masalah mulut berbau busuk atau halitosis.

3. Menjaga kesihatan perut
Air rebusan lengkuas dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan ubatan bagi melegakan masalah-masalah seperti kembung, dispepsia (pencernaan yang terganggu), muntah-muntah, dan perut yang mengembung.

4. Merawat arthritis, ulser dan radang perut
Lengkuas juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat arthritis, ulser dan keradangan perut, memperbaiki pengedaran darah pada tangan dan kaki, merawat cirit-birit dan melindungi tubuh daripada risiko-risiko kanser tertentu.

5. Anti oksida
Lengkuas memiliki banyak agen-agen antioksidan yang berkuasa dan berpotensi melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin dan radikal-radikal bebas.

6. Mencantikkan kulit dan anti penuaan
Lengkuas banyak digunakan dalam penjagaan kulit. Jus lengkuas dikatakan boleh disapu pada kulit untuk merawat masalah kulit. Ia mengandungi 40 jenis antioksidan yang boleh membantu dalam melindungi kulit terhadap penuaan kulit.

7. Membuang toksin dan membaiki aliran darah
Herba ini dikatakan mampu membuang toksin daripada tubuh dan memperbaiki aliran darah. Ia melepaskan zat tambahan pada tisu kulit.

8. Menyembuhkan kulit terbakar
Apabila jus lengkuas ini disapu pada kulit terbakar, ini mampu melegakan rasa sakit serta menyembuhkan kulit terbakar.

9. Mengurangkan parut
Anda juga boleh menggosokkan hirisan lengkuas segar pada kulit lebih kurang 2 hingga 3 kali setiap hari bagi mengurangkan parut.

10. Membersihkan kulit
Lengkuas juga merupakan antiseptik dan pencuci hebat yang boleh membantu memastikan kulit bersih dan halus tanpa sebarang noda.

11. Menghilangkan jeragat
Lengkuas juga boleh digunakan sebagai penentang semula jadi terhadap jeragat. Apabila ia disapu pada jeragat, ia akan mengurangkan jeragat cara membersihkan bakteria daripada kulit.

12. Melebatkan rambut
Perubatan Ayurveda telah menggunakan lengkuas dalam rawatan rambut dan kulit kepala. Jika minyak ekstrak lengkuas disapu pada kulit kepala, ia dikatakan mampu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pertumbuhan rambut.

Jika anda mengalami masalah rambut rapuh dan kering, gunakan minyak lengkuas untuk kerana mengandungi zink, vitamin dan fosforus yang diperlukan bagi memastikan rambut sihat bersinar.

13. Merawat herpes
Rizom lengkuas yang diketuk dan dicampur dengan sedikit bawang putih dan cuka dapat digunakan sebagai rawatan herpes iaitu penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus.

Selain itu lengkuas juga:

  • Rizom lengkuas memiliki sifat-sifat antibakteria dan perangsang pencernaan.
  • Lengkuas juga merupakan sumber serat,besi,sodium,vitamin-vitamin A dan C serta mengandungi fitonutrien dan flavonoid seperti beta-sitosterol,Galangin,Emodin dan Quercetin.
  • Antara kegunaan lengkuas ini adalah boleh dihiris atau dijadikan serbuk, ubi ini antiseptik dan amat berguna untuk mengubati demam, sakit kepala, cirit birit, selepas bersalin, menguatkan penghadamann, menghapuskan cacing gelang, membersihkan darah serta sakit sewaktu datang haid.
  • Lengkuas mengandung anti-inflamasi dan kerana itu bermanfaat dalam pengubatan arthritis dan rheumatoid arthritis (radang sendi).
  • Membantu meringankan ketidakselesaan yang disebabkan sakit pada perut atau bisul.
  • Lengkuas mengandungi sejumlah anti-oksidan yang membantu meminimakan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan racun dalam tubuh.
  • Untuk meningkatkan peredaran darah dalam tubuh, Anda boleh memasukkan lengkuas dalam menu diet harian.
  • Peredaran darah yang lancar pada akhirnya menjaga jantung tetap sihat.
  • Jika anda menderita cirit-birit, kunyah beberapa hiris lengkuas segar sebagai pengubatan alternatif.
  • Lengkuas mengandung banyak vitamin penting yang diperlukan oleh manusia seperti zat besi, sodium, vitamin A dan C, flavonoid dan fitonutrien.
  • Dengan mengunyah beberapa hiris lengkuas segar juga dikatakan dapat mengurangkan masalah cirit-birit.
  • Lengkuas mengandungi minyak alpinen, kamfer, methyl-cinnamate. Lengkuas berkhasiat sebagai anti kulat, anti bakteria, menghangatkan, membersihkan darah, menambah nafsu makan, mempermudah pengeluaran angin dari dalam tubuh, mencairkan kahak, mengharumkan serta merangsang otot.
  • Kegunaan lain lengkuas ialah untuk menghilangkan panau, kesakitan sewaktu haid, ubat untuk penyakit kulit, bengkak limpa, menguatkan otot yang lama tidak digerakkan dan membersihkan darah.
  • Lengkuas mampu mencegah dan mengobati tumor. Kandungan transkoniferil disasetat di dalam lengkuas diketahui mampu memusnahkan enzim xanthin yang merupakan salah satu penyebab tumor.
  • Lengkuas bersifat anti-inflamasi, kandungan galangin, dan karioferidanya membantu meredakan radang.

Itulah dia khasiat lengkuas yang ingin kami kongsikan kepada anda.

Share.

Leave A Reply