Inilah Khasiat Rebung Yang Pasti Buatkan Anda Terkejut.

| November 13, 2018 | 0 Comments

Inilah Khasiat Rebung Yang Pasti Buatkan Anda Terkejut.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Buluh tergulung di dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluarga Bambusoideae.

Manakala sub-keluarga ini mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi.

Di Semenanjung Malaysia terdapat 7 genera buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958). Buluh yang dikenali sebagai kumpulan rumput gergasi serta berbatang keras pada dasarnya mempunyai dua (2) tabiat pertumbuhan iaitu berumpun dan jenis tunggal (dominan).

Genera yang lazim terdapat adalah Bambusa, Chusquea (ditanam), Dendrocalamus, Dinocloa, Gigantochloa, Phyllostachys (ditanam), Racemobambos, Schizostachyum, Thyrosostachys (ditanam).

Buluh sering didapati hidup subur di dalam hutan lembap tropika khususnya di kawasan-kawasan berhampiran lembah sungai, di hutan-hutan sudah dibalak (tanah pamah dan di atas permatang), di dalam belukar (hutan peringkat kedua), di kawasan-kawasan hutan yang telah musnah dan terbiar akibat aktiviti pertanian pindah, pembukaan tanah untuk pertanian dan juga pembalakan.

Spesies buluh yang paling pesat berkembang ialah Moso Cina. Ia dilaporkan tumbuh sehingga 100 cm sehari. Rebung digelar sebagai “Raja Sayuran Hutan” oleh orang Jepun. Rebung dimakan di banyak negara Asia seperti Malaysia. Indonesia, China, Korea, Jepun, Taiwan, Thailand, Filipina, Nepal, dan India.

Dalam beberapa laporan saintifik, rebung telah pun diketahui mengandungi berbagai khasiat yang terdiri daripada air (dengan kandungan tertinggi sebesar 91%), protein, thiamin, karbohidrat, lemak, kalium, vitamin A, vitamin C, besi, fosfor, dan lainnya. Kandungan karbohidrat, protein dan lemak sebenarnya hampir sama jika dibandingkan dengan berbagai jenis sayur-sayuran yang lain. Begitu pula dengan kandungan kalium pada rebung yang cukup tinggi iaitu 533 mg per 10 gramnya.

Antara kebaikan buluh sebagai sumber makanan ialah:

  • Rendah kandungan kalori. Setiap 100 gram rebung hanya mengandungi 20 kalori dan 3-4 gram kabohidrat.
  • Rendah kandungan gula. Setiap 100 gram rebung mengandungi 2.5 gram gula berbanding dengan kandungan gula lobak merah iaitu 3.5gm/100gram.
  • Rendah kandungan lemak. Setiap 100 gram rebung mengandungi hanya 0.49 gram lemak dan lemak ini mengandungi kedua-dua jenis lemak tepu dan tidak tepu (saturated and unsaturated fats).
  • Tinggi kandungan protein. Setiap 100gram rebung mengandungi 2.5 gram protein dan protein dalam rebung yang mempunyai 17 jenis asid amino asas (essential) dan 2 jenis asid amino separa asas ( semi essential).
  • Kaya dengan vitamin dan mineral. Rebung mengandungi vitamin A, vitamin B6, vitamin E, thiamin, riboflavin, niacin, folate dan asid pantothenic sementara kandungan mineral adalah kalsium, magnesium, fosforus, potassium, sodium, zinc, copper, manganese, selenium and iron.
  • Tinggi kandungan serat. Setiap 100gram rebung mengandungi 6-8 gram serat yang penting untuk penghadaman makanan lebih efisien. Kandungan serat pada rebung ternyata lebih tinggi jika dibandingkan dengan jenis sayuran tropika yang lain seperti Sawi (1.01%), Timun (0.61%), Kacang Soya (1.27%) dan sebagainya.

Jom ketahui apakah manfaat rebung.

1. Menambah selera makan
Kandungan selulos tinggi dalam rebung dapat merangsang selera makan dan tekstur rebung menjadikan ia sebagai bahan pembuka selera yang baik.

2. Menurunkan paras kolesterol
Rebung membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah dan mencegah sakit jantung.

3. Menyihatkan sistem pencernaan
Kandungan gentian membantu proses pencernaan. Ia meningkatkan pergerakan usus, melancarkan pergerakan najis. Rebung dapat membantu mengatasi masalah pencernaan seperti gastroenteritis. Rebung juga bermanfaat dijadikan ubat cacing.

4. Membantu detox badan
Kandungan dalam rebung membantu badan membuang toksin.

5. Menurunkan berat badan
Kandungan serat yang tinggi membolehkan anda menurunkan badan dengan cepat secara semulajadi dan sihat. Ia memberikan rasa kenyang yang lama.

6. Menstabilkan tekanan darah
Oleh kerana kandungan kalium yang tinggi dalam rebung, ia amat membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang stabil. Rebung juga menstabilkan kesan ke atas tekanan darah arteri.

7. Menyembuhkan Bisul Dan Luka
Mempunyai sifat anti inflamasi dan analgesik yang dapat membantu mempercepat proses penyembuhan bisul dan luka.

8. Mengatasi Masalah Pernafasan
Rebung mengandungi asam amino dan merupakan sumber protein yang baik. Oleh itu rebung sangat baik untuk mengatasi masalah pernafasan.

9. Memudahkan Proses Kelahiran
Ianya termasuk tanaman jenis uterotonika yang dapat membantu meningkatkan kontrasi rahim sekaligus dapat memudahkan proses kelahiran.

10. Mengurangkan risiko strok
Makanan yang kaya dengan kalium sekitar 400 mg didakwa sangat bermanfaat untuk mengurangkan risiko serangan stroke. Penderita stroke biasanya mengalami kekurangan mineral ini. Orang yang menderita kekurangan kalium, biasanya akan mengalami kekejangan otot. Mereka boleh mengambil sayur rebung untuk mencukupi keperluan unsur kalium harian dalam badan.

11. Serat membantu mengatasi banyak penyakit
Kekurangan serat ternyata boleh juga menyebabkan berbagai jenis penyakit. Kekurangan serat boleh menyebabkan terjadinya aterosklerosis atau pembuluh darah tersumbat, diabetes melitus, hiperkolesterolemia, sakit jantung, kanser usus besar (kolon) dan sebagainya. Serat merupakan zat yang berbentuk karbohidrat kompleks dan biasanya banyak terdapat pada dinding sel tanaman sayuran termasuk rebung buluh.

Selain itu, rebung juga:

  • Meningkatkan Sistem Imun Badan
  • Dengan jumlah yang tinggi ciri-ciri antioksidan, rebung menyumbang ke arah mengelakkan risiko kanser usus besar.
  • Selain daripada meningkatkan imuniti tubuh, pucuk buluh mempunyai ciri-ciri anti-radang yang mengurangkan risiko dijangkiti pelbagai penyakit kronik.
  • Rebung telah dirujuk sebagai ubat herba yang berkesan untuk mengurangkan kekejangan dalam pundi hempedu.
  • Tumbuhan ini telah terbukti untuk merawat demam campak lebih cepat daripada mana-mana ubat-ubatan lain.
  • Untuk hasil yang terbaik, sup disediakan daripada rebung mesti dimakan dua kali sehari sehingga simptom reda.
  • Lain-lain faedah rebung ialah dikaitkan untuk merawat keguguran rambut, gatal-gatal, pendarahan, katarak dan masalah mata yang lain, haid menyakitkan, sakit pundi kencing, jangkitan gonorrhea dan sakit sendi.

 

Kredit : Bidadari

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *