Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Labuan 2018. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah syukur tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana kami dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.

 

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Labuan 2018.

Ramadhan! Sesungguhnya hadirmu dirindui dan dinanti-nanti oleh orang-orang yang beriman dan pergimu akan ditangisi oleh mereka. Hadirmu membawa makna, sarat dengan kemuliaan dan keistimewaan. Kalau kami mengerti dengan kelebihanmu nescaya kami tidak mahu berpisah denganmu.

Hadirmu dengan keberkatan, kedamaian dan ketenangan. Memasuki gerbangmu kami dapat merasai perubahan pada diri yang menyaksikan dengan rasa keimanan.

Walaupun namamu gambaran kepada suasana yang panas dan kering ketika kami berpuasa namun dek kerana ibadah ini ditunaikan dengan iman dan taqwa kami semakin terpacu untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang telah ditaklifkan Allah SWT kepada kami. Ya Allah! Keagungan dan KebesaranMu adalah segala-galanya bagi kami yang bergelar hambaMu. Syukur yang tiada taranya dari kami kerana dipertemukan dengan Ramadhan bulan kemuliaan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. ( HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi )

Kami kongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Bagi Wilayah Labuan.

WAKTU BERBUKA PUASA & WAKTU IMSALK BAGI SELURUH LABUAN.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Labuan 2018.

Share.

Leave A Reply