Pekerja JKR M4ut Langgar Lori. Ini Puncanya. AL FATIHAH.

| July 21, 2019 | 0 Comments

Pekerja JKR M4ut Langgar Lori. Ini Puncanya. AL FATIHAH. | Seorang pekerja JKR maut langgar lori di LATAR. Ini puncanya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. AL FATIHAH.

HILANG KAWALAN DALAN LANGGAR BELAKANG LORI

Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori di Kilometer 9.5 Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR), berhampiran Ijok pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, mangsa, Ahmad Shaid Mohtar, 33, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Md Asri A Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang Yamaha Y15 dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar lori membawa muatan besi keluli yang bergerak perlahan di lorong kiri.

“Ketika kejadian, struktur jalan lurus dan mendaki manakala cuaca berada dalam keadaan baik.

“Pihak perubatan mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Md Asri memberitahu, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *