Pelajar Tahfiz Yang Datang CERIA. Ada Sorang Ni Sedih Je. Bila Tanya, Ini JAWAPAN Dia Buat Aku Terus TERSENTAP

| May 14, 2019 | 0 Comments

Pelajar Tahfiz Yang Datang CERIA. Ada Sorang Ni Sedih Je. Bila Tanya, Ini JAWAPAN Dia Buat Aku Terus TERSENTAP | Ketika buat majlis doa selamat pembukaan Butik Elrah Exclusive Kuantan, pelajar-pelajar tahfiz yang datang semua ceria, tapi ada sorang ni muka sedih je. Bila tanya, ini jawapannya buat aku terus tersentap. Allahu.

TAZKIRAH BERGUNA DARI SEORANG ANAK TAHFIZ

Aku perhati je sorang budak ni. Dia lain dari yang lain. Ketika kawan-kawan lain dari sebuah pusat pendidikan tahfiz di Kuantan ni semua muka ceria dapat hadiah dan makan-makan sedap, dia nampak sayu je. Dari riak mukanya yang bersih tu memang ada sesuatu yang sukar terungkap.

Jadi aku pun ambil kesempatan untuk tegur budak tersebut, walau tengah sibuk melayan tetamu lain dalam Majlis Doa Selamat Pembukaan Butik Elrah Exclusive Kuantan yang bertempat di Chinatown ( BELAKANG ECM MALL).

“Dik, napa muka sedih sangat, tak happy ke datang sini”

“Bukan macam tu bang. Saya sayu. Tiba-tiba teringat perkara lalu”, dia menoleh dan memberi jawapan. Sayu je nadanya.

“Boleh share dengan abang tak, apa yang buatkan adik sedih dan apa penyesalan adik tu”

“Saya anak yatim bang, mak saya meninggal dunia 3 tahun dulu. Saya masa kecik-kecik dulu, memang agak nakal bang. Tak dengar cakap mak, selalu melawan cakap mak. Bila mak meninggal, sedih tu memang sedih bang. Tapi sedih macam tu je.”, perlahan suaranya.

“Abis tu kenapa sekarang boleh jadi sedih pulak, lama tu dah 3 tahun kan.”, tanyaku, mula nak tahu.

“Lepas masuk tahfiz ni bang. Ustaz selalu cakap tentang pentingnya dengar cakap mak, berkat mak dalam hidup kita. Setiap kali dengar macam tu saya selalu sedih. Timbul penyesalan. Saya memang masih budak lagi bang, tapi bila ingat-ingat balik apa yang pernah saya buat kat mak, malu saya bang. Malu kat Allah nanti bila kat akhirat. Malu bila nak jumpa mak nanti bila dah mati.”

Aku terus tersentap.

“Jadi saya berazam bang. Saya nak belajar Al Quran ni bersungguh-sungguh. Bukan sahaja hanya menghafal, tetapi menjadikan Al Quran sebagai akhlak saya dalam kehidupan. Supaya nanti mak saya turut dapat saham, bila saya solat, mengaji Al Quran, buat baik, mak saya dalam kubur turut sama dapat saham baik. Ayah saya pun akan turut dapat pahala sama.”

Tak sangka malam ni aku terkedu. Diperingatkan tentang berkat ibu, pengorbanan ibu. Dari seorang budak yang masih kecil lagi. Allahu. Besar pengajaran yang aku dapat hari ni. Tak sangka Allah hantar seorang budak untuk mengingatkan aku tentang perkara yang sangat penting ni.

InsyaAllah aku akan ambil “nasihat” budak tahfiz tu. Bila berniaga ni memang kita akan sibuk. Kadang-kadang dalam kesibukan kita mencari kekayaan, kita terlupa kepada mak ayah kita yang selalu berdoa tentang kejayaan kita. Kadang-kadang kita terlupa tentang mereka.

Yang hakikatnya, di sebalik kejayaan kita tu, adalah berkat doa orang yang paling kita sayangi.

Anyway, bagi sesiapa yang berdekatan dengan Butik Elrah Exclusive Kuantan, boleh la datang cuci mata atau pun terus membeli.

OPERASI BUTIK ELRAH EXLCLUSIVE KUANTAN

✅10 AM – 10 PM

ALAMAT LOKASI 🏢
No 31 Ground FLoor , China Town Building,
Jalan Putra Square 3,
25300 Kuantan, Pahang.

✅Waze ” Elrah Exclusive Kuantan “
Use Waze to drive to Butik Elrah Exclusive: https://waze.com/ul/hw29mxnz8j

Atau boleh terus LIKE fanpage rasmi kami – FB Elrah Exclusive Kuantan Hq (LINK)

Tags: , , , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *