Saintis Temui Perahu Purba Tertua Asia Tenggara Di Pahang. Bukan Calang Calang…

| January 5, 2019 | 3 Comments

Saintis Temui Perahu Purba Tertua Asia Tenggara Di Pahang. Bukan Calang Calang… | Penemuan perahu purba Asia Tenggara ni mengejutkan ramai pihak barat tetapi kenapa orang Malaysia sendiri tak berbangga dengan kehebatan tamadun kita pada masa lalu? Tolong jangan abaikan artikel ni.

PENEMUAN “PONTIAN BOAT” TAHUN 1926 YANG MENGGEMPARKAN ASIA TENGGARA

“Tegas Asyaari, pengkaji pada masa itu cuba membandingkan perahu yang ditemui pengkaji British, IHN Evans pada 1926 dengan beberapa penemuan bot purba di Asia Tenggara terutama daripada segi saiz dan bentuknya.

“CA Gibson Hill dalam tulisannya pada 1956 turut mengupas secara terperinci mengenai penemuan bot purba berkenaan yang dianggarkan dibina sekitar abad ke-3 hingga ke-5 Masihi berdasarkan kajian karbon yang dilakukan.

“Meskipun perahu berkenaan ditemui dalam keadaan amat rapuh dan hampir rosak keseluruhannya, ia masih dapat dibentuk semula.

“Penemuan The Pontian Boat adalah sebahagian daripada bukti kajian arkeologi maritim mengenai pelabuhan purba, perahu dan kapal purba di rantau ini.” – Berita Harian, Pelayaran Melayu silam teroka seluruh dunia

Srikandi nak fokuskan kepada ‘The Pontian Boat’ atau Perahu Pontian itu yang ditemui oleh Athur Evans di Pahang pada tahun 1926. Ini kerana cerita pasal perahu purba ini jarang diketengah dan diraikan padahal ia adalah penemuan menarik dalam sejarah maritim negara terutamanya tentang sejarah pelayaran bangsa Melayu di Asia Tenggara.

Evans ada mencatatkan bahawa perahu purba ini dibuat menggunakan kayu merawan di mana taburan pokok yang menghasilkan kayu ini didapati tumbuh begitu banyak di semenanjung Tanah Melayu dan kepulauannya.

Mengapa penemuan ini penting? Ini kerana pentarikhan perahu purba ini dibuat sekitar abad ke-3 hingga ke-5 Masehi dan ini disepakati adalah setara dengan zaman Funan! Seorang pengkaji, Gibson-Hill pernah berpendapat ia dibina sekitar 500 Masehi.

Namun angka ini tidak berapa tepat kerana selepas dibuat pentarikhan melalui ujian pentarikhan-karbon, kayu yang digunakan untuk membuat perahu ini didapati berusia antara 260 Masehi hingga 430 Masehi, membuatkan Perahu Pontian adalah perahu tertua yang pernah ditemui di Asia Tenggara setakat ini!

Ini semua ada dijelaskan dalam buku Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300-1800 oleh Prof. John N. Miksic.

Menarik tak? Rupanya banyak perkara menarik tentang sejarah pelayaran kita yang lalu. Perahu purba tertua… bayangkan jika kapal-kapal purba di Tapak Arkeologi Sungai Batu ini dapat diangkat dan dipulihara, agak-agak berapakah usianya?

Kita ada tamadun tertua di Asia Tenggara. Kita juga ada perahu purba tertua di Asia Tenggara. Ini barulah ngam membuktikan bangsa kita adalah pembina tamadun dan perdagangan maritim yang disegani dan paling berprestij di seluruh Asia Tenggara.

Perahu Pontian di Pahang tu diakui sebagai perahu purba tertua di Asia Tenggara yang direkodkan setakat ini. Ini dicatat oleh Prof John N. Miksic dalam bukunya. Tapi macam tak pernah dengar kan? Padahal ini satu rekod yang sangat berharga kepada kita. Kita selalu mengaku bangsa pelayarlah, empayar maritim lah… tapi kapal nye mana? Perahu nye mana?

Sebabnya kita tak berapa war-warkannya. Syiar dia takde. Agama pun ada syiar dia. Benda macam ni pun kena lah didakwahkan kepada masyarakat, barulah mereka tahu perahunya ada, baru dapat bangkitkan estim-diri dan semangat patriotisme. Syiar kapal penjajah Portugis pula kekal sampai hari ni. Sebab itu benda ni dipandang sepi oleh generasi kita. Maka yang tertanam dalam otak anak-anak kita, kapal Flor de la Mar…kapal Jack Sparrow…

Nah! Sekarang kita ada PERAHU PURBA TERTUA DI ASIA TENGGARA. Ini boleh jadi satu “national treasure’. Tamadun tertua dah ada, gandingkanlah dengan perahu tertua. Ini boleh jadi satu produk pelancongan di negara kita.

Bila dah ada dalam peta pelancongan negara, maka orang luar akan datang ke sini nak tengok bagaimana rupa perahu tertua di Asia Tenggara tu yang bukannya di Thailand, bukannya di Kemboja, bukannya di Indonesia apatah lagi di Singapura. Rupa-rupanya ia ada di Malaysia di negara kita! Bukan sahaja pelancong malah para pengkaji akan datang untuk mengkaji, para pelajar akan datang untuk tugasan mereka.

Ini barulah ngam dengan apa yang selalu kita baca, sebagai contoh:

“The Malays were great seafarers who once dominated most parts of Southeast Asia. For centuries, they built great kingdoms, huge monuments and pioneered maritime technologies in strengthening their grip over a huge maritime area extending from Madagascar in the West to the Indonesian islands in the East.

(Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, The Unsung Malay History)

Bangsa yang diakui pelayar terbaik, berkemahiran tinggi malah sebelum orang Cina berani berlayar jauh-jauh, kita sudah berlayar bebas dari timur ke barat. Malah kapal-kapal kita jadi ‘transporter’ bagi empayar Funan dan sebagainya berdagang sampai ke Rom. Maka nah! Ini dia perahu tertua di Asia Tenggara yang sepatutnya jadi SIMBOL zaman-zaman keemasan pelayaran ketika itu.

Untuk itu jangan harap serpihan perahu itu saja. Kena bina tugu perahu purba tu, atau bina balik perahu tu macam Indonesia promosikan kapal dalam ukiran bas-relief Borobudur tu. Tegakkan ia di Pahang. Biar anak-anak Melayu tengok model perahu tertua yang pernah ada setakat ni di Asia Tenggara. Thailand pun takde, Vietnam pun takde.

Bina galeri pelayaran purba dengan model-model perahu purba yang lain macam Perahu Butuan di Filipina. Barulah nampak menarik perhatian gah di mata umum. Lebih lanjut, ia boleh jadi satu tema untuk Malaysia khasnya negeri Pahang. “The Oldest Ancient Vessel in Southeast Asia” contohnya, tak ke power tu?

Mana nak cari ‘luck’ macam ni? Cuba perahu ni jumpa kat Thailand. Kat Patani contohnya. Terus diorang buat filem patriotik agaknya. Terus klaim orang Thai sebagai bangsa pelayar paling purba di Asia Tenggara. Kita pun terkebil-kebil sambil makan tomyam.

Sumber: Patriot

PELAYAR MELAYU PURBA TEROKA DUNIA

Kapal Samudraraksa yang kini dipamerkan di Borobudur, Magelang, Indonesia menjadi bukti kehebatan pelayar Melayu zaman silam meneroka setiap pelosok dunia terutama pada era kegemilangan Empayar Srivijaya sekitar abad ke-7.

Samudraraksa yang dibina semula dalam tempoh enam bulan berdasarkan ukiran asal pada dinding Candi Borobudur, turut mampu membelah lautan dalam pelayaran selama tujuh bulan menuju ke Ghana sebaik pembinaannya selesai sekitar 2002.

Selepas menyempurnakan pelayaran ke Afrika Selatan, komponennya diceraikan sebelum dihantar semula ke Indonesia untuk dipasang dan dipamerkan di muzium di Borobudur.

Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Asyaari Muhamad, berkata pembinaan semula Samudraraksa dibuat berdasarkan idea pelawat British yang mahu melihat sama ada imej kapal yang diukir pada dinding candi itu benar-benar boleh belayar.

“Pelayaran kapal itu yang turut disertai 30 krew berjaya sampai ke Ghana, sekali gus membuktikan kapal Melayu memang sudah lama berlayar jauh ke seluruh dunia.

“Kepakaran pelayaran yang dimiliki membolehkan berlakunya pelbagai aktiviti perdagangan di alam Melayu pada zaman lampau,” katanya dalam Siri Wacana ATMA: Memartabat Warisan Arkeologi Maritim di Malaysia di UKM di sini.

Acara kendalian Pengarah Akademi ATMA, Prof Dr Supyan Hussin itu turut disertai Pengarah Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN), Ruzairy Arby dan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Jabatan Muzium Malaysia, Samsol Sahar.

Asyaari berkata terdapat empat hingga lima panel khusus di Candi Borobudur yang menampilkan imej mengenai pelayaran awal di Asia Tenggara.

Selain Samudraraksa, imej kapal lain yang terdapat di candi Borobudur juga sering digunakan sebagai perbandingan dalam pengkajian sejarah maritim di Asia Tenggara, termasuk ketika penemuan sebuah perahu di kawasan paya bakau di Pontian, iaitu The Pontian Boat.

Tegas Asyaari, pengkaji pada masa itu cuba membandingkan perahu yang ditemui pengkaji British, IHN Evans pada 1926 dengan beberapa penemuan bot purba di Asia Tenggara terutama daripada segi saiz dan bentuknya.

“CA Gibson Hill dalam tulisannya pada 1956 turut mengupas secara terperinci mengenai penemuan bot purba berkenaan yang dianggarkan dibina sekitar abad ke-3 hingga ke-5 Masihi berdasarkan kajian karbon yang dilakukan.

“Meskipun perahu berkenaan ditemui dalam keadaan amat rapuh dan hampir rosak keseluruhannya, ia masih dapat dibentuk semula.

“Penemuan The Pontian Boat adalah sebahagian daripada bukti kajian arkeologi maritim mengenai pelabuhan purba, perahu dan kapal purba di rantau ini,” katanya.

Menurut Asyaari, meskipun arkeologi maritim adalah sesuatu yang menarik terutamanya dalam pengkajian tinggalan budaya berkaitan laut tetapi ia masih lagi dianggap sebagai bidang baharu di negara ini.

Oleh itu katanya, kajian arkeologi maritim negara sebelum ini lebih banyak dilakukan penyelidik luar seperti Sten Sjostrand, Michael Hatcher dan Michael Flecker.

Sebahagian peserta Siri Wacana ATMA Memartabat Warisan Arkeologi Maritim di Malaysia berlangsung di UKM, Bangi. – Foto Eizairi Shamsudin

“Meskipun bidang ini dianggap baharu, negara kita sebenarnya sudah memiliki kepakaran gabungan mereka dari institusi dan agensi kerajaan, sekali gus membolehkan 100 peratus kajian arkeologi bawah air dilakukan sendiri.

“Tapak kapal karam Bidong antara contoh tapak pertama yang dikaji sepenuhnya oleh pakar tempatan. Setakat ini 25 peratus daripada keseluruhan tapak itu sudah kita terokai,” katanya.

Asyaari berkata, kekuatan kepakaran dalam bidang arkeologi maritim perlu terus diperkukuhkan dengan memastikan kursus berkaitan diwujudkan pada peringkat universiti dalam masa terdekat.

“Kita sebenarnya sangat kekurangan ahli arkeologi dalam bidang ini justeru sangat penting memastikan adanya pelapis baharu atau kita akhirnya terpaksa kembali bergantung kepada pengkaji luar seperti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ruzairy berkata terdapat sejumlah 832 tapak arkeologi di negara ini dengan 143 daripadanya tapak bawah air dengan paling banyak terletak di Melaka diikuti Johor dan Pahang.

Katanya, JWN kini dalam usaha mengumpul lebih banyak lagi tapak termasuk di Sabah dan Sarawak. Warisan bawah air di negara ini katanya masih berada pada peringkat yang baik dan menjadi tanggungjawab JWN memastikan setiap tapak arkeologi bawah air di negara ini terjaga, terkawal serta dinaiktaraf.

“Tapak ini perlu diberi suntikan untuk dijadikan tapak pelancongan dan kebanyakan daripadanya sudah dinaikkan sebagai arkeologi pelancongan.

“Paling utama ialah usaha semua pihak memartabatkan warisan maritim dan arkeologi bawah air ini kerana nilai sejarahnya yang tinggi selain kepentingannya kepada tanah air,” katanya.

Sumber: Berita Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. sd says:

    seeloknya dapat dilukis semula bentuk dan rupa asal perahu dan bahtera yang telah ditemui ini..
    dapat mengukuhkan lagi ingatan dalam pemikiran dengan lebih jelas terhadap penemuan ini.

  2. Syed Nor Saefuddin says:

    Setuju dgn laman ni .
    Byk info .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *