Selepas Lama Mencari. Terkini Pakar Jumpa Kotak Hitam Kedua Yang Dinanti Ramai.

| January 13, 2019 | 0 Comments

Selepas Lama Mencari. Terkini Pakar Jumpa Kotak Hitam Kedua Yang Dinanti Ramai.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – JAKARTA – INDONESIA. Perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat Lion Air, JT 601 yang terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat pada Oktober lalu telah ditemui.

Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia (KNKT), Haryo Satmiko memaklumkan kotak hitam kedua itu ditemui penyelam tentera pada jam 9.10 pagi (waktu tempatan), hari ini.

“Ia dijumpai tidak jauh lokasi nahas dan diangkut ke kapal tentera laut sebelum dibawa ke Jakarta,” ujarnya.

Minggu lalu, KNKT menyambung semula carian CVR tersebut yang diharap dapat memberikan jawapan tentang punca sebenar nahas pesawat tersebut yang telah meragut nyawa kesemua 189 penumpang.

Hasil siasatan awal kotak hitam pertama atau perakam data penerbangan (FDR) sebelum ini mendapati petunjuk kelajuan udara pesawat terbabit alami kerosakan. – Agensi

Kredit : Sinar Harian

Berita Lepas 29/10/2018

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah pesawat Lion Air yang dipercayai terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.

Pesawat Lion Air JT 610 itu meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.

Ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).

“Pesawat itu disahkan telah terhempas,” jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, dipetik sebagai berkata oleh portal beritaReuters.

Pesawat itu dipercayai terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.

Menurut laporan awal, terdapat 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.

Pesawat malang itu dari jenis Boeing 737 MAX 8, menurut perkhidmatan pengesanan udara Flightradar 24.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *