10 Buah Sekolah Keputusan SPM 2023 TERBAIK. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS. . KUALA LUMPUR: Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 atau 3.1 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.
“Ini bermakna, dari segi pencapaian, kualiti kita adalah semakin meningkat. Bilangan menunjukkan keputusan cemerlang meningkat kepada 1,604 calon,” katanya pada sidang media mengumumkan analisis keputusan SPM 2023, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pencapaian calon SPM pada 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.
“Seramai 226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2023 lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 57.1 peratus atau 213,624 calon pada 2022.
“Seramai 83,112 calon iaitu 22.3 peratus pada tahun SPM 2023 pula merekodkan pencapaian kepujian iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran berbanding 75,322 calon (20.1 peratus) pada 2022.
“Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 7,790 calon iaitu 2.1 peratus,” katanya.
Manakala 131,489 (35.2 peratus) memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2023 berbanding pada tahun 2022 iaitu 128,193 calon (34.3 peratus).
Azman berkata, seramai 349,297 calon iaitu 93.5 peratus calon SPM 2023 layak menerima sijil berbanding 342,742 (91.6 peratus) calon SPM 2022.
Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi ini.
Calon juga boleh menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi ini hingga 6 petang pada 2 Jun.
Ingin tekankan, ini adalah ranking SBP,MRSM,SMKA,SABK Tidak Rasmi, yang dikongsikan di Facebook Group. Ini adalah untuk panduan dan pengetahuan Am, Bukan untuk perbandingan. Harap Maklum.
SENARAI SEKOLAH TERBAIK SPM 2023 :
-
MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG
-
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
-
KOLEJ TUNKU KURSHIAH
-
SM SAINS TUANKU MUNAWIR
-
KOLEJ YAYASAN SAAD MELAKA
-
SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR
-
SEKOLAH SERI PUTERI
-
SM IMTIAZ KEMAMAN
-
SBPI GOMBAK
-
SM SAINS KUALA TERENGGANU
SENARAI RANKING SBP / SBPI TERBAIK SPM 2023 TERKINI.. – TIDAK RASMI
Top 5 SBP/SBPI SPM 2023
1. SAS – 1.07
2. TKC – 1.25
3. SASER – 1.26
4. SSP
5. INTEGOMB
6. SESTER
7. SGS – 1.40
8. STF
9. SAKTI
10. INTEK – 1.50
11. ASIS – 1.54
12. SEMASHUR – 1.56
13. SMSS – 1.60
14. MCKK – 1.61
15. SMAPK – 1.62
16. BRAINS – 1.62
17. SAMURA – 1.69
18. SESERI – 1.78
19. IKUPS – 1.85
20. SEMESTA – 1.88
21. RMC – 1.95
22. STAR – 1.962
23. SMAPL – 1.99
24. SESTA – 1.98
25. SEMESTI – 2.10
26. SDAR – 2.14
27. SAKBA – 2.39
28. SEPINTAR – 1.62
29. SISMe – 2.30
30. SEMSAS – 1.65
31. INTEJ – 2.11
AKAN DIKEMAKSINI DARI MASA KE SEMASA..
SBP – SEKOLAH BERASRAMA PENUH
MRSM – MAKTAB RENDAH SAINS MARA
SMKA – SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
SABK – SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN