100 Polis Cedera Dalam Rusuhan G@nas Ribuan Orang Di Perancis | PARIS – Sekurang-kurangnya 108 anggota dan pegawai polis cedera dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan di seluruh Perancis, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.
Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berkata, bilangan besar anggota polis yang cedera itu jarang berlaku di Perancis. Katanya, seramai 291 orang ditahan semasa tunjuk perasaan berlangsung.
Terdahulu, beratus-ratus ribu orang menyertai perhimpunan Hari Pekerja bagi membantah kenaikan usia persaraan yang diluluskan oleh Presiden Emmanuel Macron pada 15 April lepas.
Kebanyakan penunjuk perasaan mengadakan protes aman tetapi kumpulan-kumpulan radikal bertindak membaling bom petrol serta mercun ke arah polis. Anggota-anggota polis kemudian bertindak balas membedil meriam air dan gas pemedih mata.
Kementerian Dalam Negeri menyatakan, seramai 782,000 orang menyertai tujuk perasaan itu termasuk 112,000 penunjuk perasaan di Paris. Kesatuan Konfederasi Am Buruh (CGT) bagaimanapun menyatakan bahawa angka sebenar adalah tiga kali ganda lebih tinggi.
“Di Paris, seorang anggota polis melecur teruk pada tangan dan muka akibat terkena bom petrol yang dilontar oleh penunjuk perasaan,” kata Darmanin.
Keganasan turut tercetus di Lyons, Toulouse dan Nantes, di mana sejumlah kenderaan dibakar serta perniagaan turut diserang.
Terdapat juga beberapa laporan yang menyebut bahawa penunjuk perasaan menawan sebuah hotel mewah di bandar Marseille, selatan Perancis.
Darmanin menuduh kumpulan sayap kiri dikenali sebagai ‘blok hitam’ menjadi dalang di sebalik rusuhan yang berlaku.
Beliau mahu mereka yang menyerang polis serta merosakkan harta benda awam dikenakan hukuman berat.
Insiden itu merupakan protes terbaharu daripada beberapa siri tunjuk perasaan besar-besaran yang diadakan bagi menentang kenaikan usia persaraan daripada 62 tahun kepada 64 tahun.
Kesatuan-kesatuan sekerja Perancis menuntut dasar tersebut ditarik balik.
SUMBER: KOSMO
Baca juga artikel menarik ini:
Butik Jual Baju Melayu RM1 Terpaksa Tutup Kerana Berlaku Rusuhan | Sejak semalam, tular di media sosial beberapa video yang menunjukkan kekecohan berlaku di sebuah butik terletak di Seksyen 7. Menerusi video-video yang tular, dapat dilihat keadaan tegang berlaku sehingga melibatkan penglibatan pihak polis.
Dapat dilihat, orang ramai beratur panjang dan tidak berpuas hati serta diminta bersurai apabila keadaan menjadi tidak terkawal di butik tersebut. Difahamkan, butik itu dibanjiri orang ramai selepas menawarkan promosi tidak masuk akal iaitu baju Melayu berharga RM1.
Untuk pengetahuan anda, butik tersebut menawarkan baju Melayu berharga RM1 untuk 100 orang pertama dan juga memberikan banyak ‘free gift’ kepada pelanggan yang datang membeli-belah pakaian raya mereka di sana.
Susulan ramai tidak puas hati terpaksa berputih mata ketika keadaan tidak terkawal, pihak butik tersebut tampil menerangkan situasi yang terjadi dan meminta maaf kepada semua pelanggan yang hadir serta berterima kasih kepada mereka yang menyokong.
Menerusi video yang dikongsikan, keadaan menjadi tidak terkawal apabila ada yang sanggup potong barisan, baling produk, bergaduh dan ada yang mencuri stok baju. Menjengah ke media sosial, rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dan mengatakan pihak butik sepatutnya rancang dengan baik apabila menawarkan promosi tidak masuk akal seperti itu.