12 Askar Israel ‘Diserang’ Oleh Ratusan Ekor Tebuan. Allahuakbar! | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Satu kejadian luar biasa berlaku apabila 12 askar rejim Zionis cedera selepas disengat sekumpulan tebuan dalam kejadian di selatan Genting Gaza pada Jumaat lalu.

Tebuan

Pusat Perubatan Sheba di Tel Aviv memaklumkan seramai 10 daripadanya dimasukkan ke kemudahan itu termasuk seorang dirawat di unit jagaan rapi (ICU).

AMUKAN TEBUAN

Insiden ‘amukan tebuan’ itu berlaku ketika operasi disertai Briged Divisyen Selatan di sempadan wilayah Gaza.

“Sebuah kereta kebal telah merempuh sarang tebuan hingga menyebabkan sebahagian anggota tentera disengat ratusan tebuan dan mengalami reaksi alahan. Doktor di hospital berkenaan tidak pernah berdepan kejadian seperti itu.

“Unit ICU, anestesia, rawatan toksikologi dan pakar mata dikerahkan untuk merawat kumpulan mangsa cedera,” menurut laporan media tempatan.

10 ANGGOTA ISRAEL BUNUH DIRI

Sementara itu, satu lagi laporan yang dikeluarkan akhbar Haaretz mendedahkan. Satu data sehingga 11 Mei menunjukkan seramai 10 anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) membunuh diri. Ia sejak Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.

“Kebanyakan kes melibatkan askar lebih muda, namun ia telah memberi impak psikologi luar biasa kepada anggota IDF secara amnya.

“IDF kini terpaksa menangani kecenderungan bunuh diri dalam kalangan askar mereka termasuk dalam pasukan simpanan yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an,” jelas laporan itu lagi.

Ia turut membongkar penemuan mayat seorang anggota di dalam kereta miliknya dan dipercayai telah menembak mati dirinya sendiri, dua minggu selepas Perang Gaza bermula.

Menurut data yang sama, lebih 630 anggota IDF dilaporkan terbunuh ketika menyertai kempen pencerobohan ke atas Gaza. – Agensi

BERITA TERDAHULU

Kira-kira 25 penghuni kem pelarian di Jabalia, Gaza, Palestin. Dibunuh tentera Israel semasa mereka mencari bekalan air bersih pada Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ihsan Johor (IJ), Farrah Faridah Baptist berkata. Mereka dibunuh semasa membawa tong dan botol untuk mencari air di tempat awam seperti hospital dan kawasan perumahan.

“Menurut wakil IJ yang merupakan penduduk tempatan dan membantu penghuni kem tersebut, kejadian itu dilaporkan berlaku ketika krisis air yang sangat teruk pada 11 dan 12 April lalu semasa Aidilfitri.

“Penduduk terpaksa berjalan jauh antara lima sehingga 20 kilometer dari kem pelarian Jabalia untuk mencari sumber air, jauh dari kawasan kem mereka.

“Seramai 25 penghuni kem tersebut mati shahid. Apabila ditembak rejim zionis tanpa belas kasihan semasa mereka mencari bekalan air, lebih menyedihkan berlaku semasa hari raya kedua dan ketiga,”.Katanya kepada pemberita di Markas Operasi Negeri di bandar raya ini pada Isnin.

Beliau berkata, penghuni yang keluar mencari air berdepan risiko menjadi sasaran penembak tepat Israel yang bersembunyi.

Katanya, situasi berkenaan amat menyedihkan sedangkan mereka merupakan orang awam yang tidak bersenjata dan hanya mahu mendapatkan sumber air bersih.

“Keperluan air sangat diperlukan di Palestin sekarang kerana sudah mula musim panas. Untuk makanan mereka boleh makan apa yang ada dan bantuan sudah mula sampai di sebelah utara. Apa yang paling diperlukan adalah air untuk minum dan keperluan harian lain,” katanya.

SUMBER : SH

Share.

Leave A Reply