13 Port Steamboat Best Di Kuching Sarawak| Khalifah Media & Networks – Ingin mulakan perjalanan yang menarik di Kuching? Anda perlu kenali dulu bandar ini sebelum mula kan perjalanan anda.
Bandar Kuching adalah sebuah bandar terbesar di Sarawak. Banyak tempat makan yang menarik di sini dan banyak juga port steamboat best. Dalam artikel ini, saya akan kenal kan kepada anda beberapa port makan steamboat halal best yang ada di bandaraya Kuching, Sarawak.
1. Anuar BBQ Steamboat Corner – kedai makan
Kedai makan steamboat yang halal ada di Kuching. Anuar BBQ Steamboat Corner gunakan konsep makan secara buffet iaitu “Sik Kenyang Sik Boleh Balik” yang bawa maksud selagi tidak kenyang tidak boleh balik.
Di sini, anda boleh nikmati makanan laut yang besar dan segar dengan banyak pilihan menarik. Bahan perap lain seperti daging dan ayam juga popular dalam kalangan pelanggan yang pernah datang ke sini. Kalau anda mahu datang bersama rombongan yang besar dan ramai, di Anuar BBQ Steamboat Corner menawarkan ruang makan yang luas dan selesa.
Lokasi kedai di Persiaran Ban Hock, Kuching Sarawak. Kedai mula operasi pukul 6 petang sampai 11 malam dibuka setiap hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/anuarbbqsteamboatcorner/
2. Jumbo Steamboat – kedai makan
Port makan steamboat yang masih baru di buka tapi halal di makan ada di Kuching ni. Di Jumbo Steamboat mereka sajikan banyak jenis pilihan bahan steamboat dari bahan sejuk beku, daging perap, sayur, dessert dan makanan seafood. Harga untuk semua makanan ini sangat berbaloi.
Review dari pelanggan yang pernah datang ramai yang kata kambing perap yang paling mereka suka. Bukan hanya boleh ambil banyak tapi rasa dan aroma dari rempah perapan itu sangat penting untuk menaikkan bau. Jadi jika anda peminat kambing jangan lepaskan peluang ini.
Lokasi kedai berada di Matang Ria Commercial Centre, Jalan Matang, Petra Jaya, 93050 Kuching. Di buka setiap hari mula pukul 5 petang sehingga 11 malam.
3. The Kitchen BBQ & Steamboat – restoran
Satu lagi port steamboat best di Kuching adalah di The Kitchen BBQ & Steamboat. Pemilik restoran ini orang Cina Sarawak tapi mereka tidak hidang daging babi atau arak. Tempat steamboat ini memang popular dan jadi pilihan ramai warga Kuching.
Jika anda kunjung ke sana, boleh lah datang singgah. Di sini yang menariknya adalah tempat makan sangat luas dan selesa. Ada ruang indoor dan outdoor untuk anda pilih. Dekorasi tempat sangat cantik. Yang paling best di sini terdapat pusat karaoke di tingkat atas restoran. Lepas penat nyanyi boleh turun makan di The Kitchen BBQ & Steamboat.
Lokasi restoran berada di Pine Square, Jalan Batu Kawa, Kuching Sarawak. Waktu operasi pula di buka setiap hari mula pukul 4 petang sehingga 12 tengah malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/thekitchenbbqandsteamboat/
4. D11 BBQ Steamboat – restoran
Restoran D11 BBQ Steamboat menawarkan pelbagai pilihan makanan buffet untuk anda. Banyak betul daging perapan, dari ayam sampai kambing semua nya cukup dengan perapan yang sedap. Sayur di sini memang semua segar. Ramai betul pelanggan yang datang dan puji cara simpanan sayur agar jadi lebih segar.
Port steamboat best ini ada banyak pilihan makanan sampingan yang ‘ready-made’. Ada goreng-goreng, bihun, nasi, lauk, dan meja dessert sebagai pencuci mulut pun ada. Paling menarik, di sini ada bahagian untuk buat sambal sendiri ikut cita rasa anda. Mereka sediakan semua bahan untuk buat sambal dan alatan yang di perlukan.
Restoran D11 BBQ Steamboat berada di Jalan Ban Hock, Kuching. Di buka setiap hari pukul 5.30 petang sehingga 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/d11bbqsteamboat/
5. Sukahati Steamboat – restoran
Restoran steamboat halal dengan dengan rasa yang sangat berbaloi. Ruang makan sangat selesa dan bersih. Seronok makan di sini kerana alatan tempat untuk grill dan steamboat besar dan senang untuk anda untuk masak. Sekali masak boleh letak banyak.
Makanan di Sukahati Steamboat memang banyak. Pilihan makanan laut mereka semua masih segar dari laut. Restoran ini sangat menjaga kualiti makanan mereka agar tetap premium untuk pelanggan mereka. Daging perap di sini selalu terima pujian. Ini kerana, rempah ratus perapan daging cukup terasa sampai ke dalam isi daging.
Ini merupakan satu pengalaman baru untuk cuba port steamboat yang best di Kuching. Kalau anda mahu cuba, lokasi restoran ini terketak di Semarahan, Kuching. Restoran di buka setipa hari mula pukul 11 pagi sehingga 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/sukahatisteamboat/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 5 port steamboat best di Kuching, Sarawak. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Serawak ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!