12 Lelaki Dikompaun Kerana Mandi Pantai Dan Main Sepak Takraw.

| June 28, 2021 | 0 Comments

12 Lelaki Dikompaun Kerana Mandi Pantai Dan Main Sepak Takraw. | Manjung: Dua belas lelaki termasuk seorang remaja berusia 13 tahun dikompaun kerana melakukan aktiviti rekreasi pantai dan bermain sepak takraw ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di lokasi berasingan, di sini, semalam.

Difahamkan, sekumpulan lelaki datang melepak dan mandi-manda di laut pada hujung minggu.

Manakala, sekumpulan lagi individu di lokasi berbeza didapati bermain sepak takraw, namun beberapa individu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, 10 lelaki berusia 13 hingga 30 tahun dikompaun kerana melakukan aktiviti rekreasi pantai di Segari.

Menurutnya, dua lagi lelaki berusia 21 dan 24 tahun pula dikompaun kerana bermain sepak takraw di sebuah gelanggang di Ayer Tawar.

“Kesemua 12 individu itu masing-masing dikompaun RM2,000 mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (No.3).

“Masyarakat dinasihatkan sentiasa peka dan mematuhi prosuder operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan penularan Covid-19 dapat diputuskan,” katanya.

SUmber : Metro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *