Tarzan Moden Tidak Pernah Jumpa Wanita Selama 41 Tahun | Seorang lelaki daripada Vietnam telah digelar sebagai tarzan moden disebabkan beliau telah menghabiskan selama 41 tahun hidup di dalam hutan. Dia bersama dengan adik dan ayahnya telah melarikan diri ke hutan pada tahun 1972 apabila perang vietnam tercetus.
Disebabkan Ho Van Lang, 46, hanya hidup dengan ditemani oleh dua orang lelaki maka dia tidak pernah bertemu dengan wanita sepanjang tempoh itu. Dia turut mendakwa bahawa tidak mempunyai sebarang nafsu terhadap kaum wanita.
Keluarga ini diselamatkan oleh kerajaan tempatan dan diberikan penempatan di sebuah kampung kecil di Vietnam pada tahun 2015. Lelaki itu masih berdepan masalah membezakan antara lelaki dan wanita kerana menganggap keduanya sama sahaja.
Menurut seorang jurugambar yang pernah bertemu Ho, Alvaro Cerezo, Ho juga seorang yang sangat lurus dan tidak tahu antara baik atau buruk. Jika ada yang menyuruh dia memukul orang, dia akan melakukannya tanpa banyak soalan.
Wajah Ho juga masih lagi seakan-akan kanak-kanak kerana telah menghabiskan hampir seluruh hayatnya di hutan.
Sumber: Kosmo!