Bayi

Kejadian Ngeri: Kanak-Kanak 5 Tahun Campak Bayi Dari Tingkat Empat!

“Mungkin tindakan kanak-kanak berusia lima tahun itu berpunca daripada perasaan cemburu terhadap adik barunya yang baru dilahirkan.”


 

Vasilyevo, Rusia — Dunia dikejutkan dengan satu tragedi memilukan. Apabila seorang bayi berusia 21 hari maut selepas dicampak keluar dari tingkap tingkat empat oleh kakaknya sendiri yang baru berusia lima tahun.

Kejadian tragis itu berlaku ketika dua beradik tersebut ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa pengawasan ibu bapa.

Menurut laporan tempatan, ibu mereka dikatakan keluar melawat rakannya, manakala bapa berada di tempat kerja.

Penduduk yang melalui kawasan berkenaan mendakwa terdengar jeritan kanak-kanak dari arah tingkat empat sebelum terlihat tubuh bayi terbaring tidak bergerak di atas tanah konkrit.

“Kami hanya mampu tergamam. Tiada siapa menyangka perkara sebegini boleh berlaku,” kata salah seorang saksi.

Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian. Mengesahkan bayi tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut kenyataan Russian Investigative Committee. Siasatan jenayah telah dibuka bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Polis sedang meneliti kemungkinan bahawa. Tindakan kanak-kanak berusia lima tahun itu berpunca daripada perasaan cemburu terhadap adik barunya yang baru dilahirkan.

Sumber tempatan turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu dikatakan menunjukkan tanda-tanda terganggu dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi baru dalam keluarga.

Ketua daerah Zelenodolsk, Mikhail Afanasyev, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menyeru agar semua ibu bapa sentiasa berwaspada.

“Saya mengucapkan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa. Ini peringatan keras kepada kita semua. Jangan sesekali meninggalkan anak kecil tanpa pengawasan, walau untuk seketika,” katanya.

Tragedi yang berlaku di Vasilyevo, Tatarstan ini bukan sahaja mengundang rasa sedih. Tetapi juga membuka mata dunia terhadap isu keselamatan kanak-kanak dan tekanan emosi dalam kalangan anak sulung apabila ahli keluarga baru hadir dalam hidup mereka.

 

Sumber : The Sun

Share.
Leave A Reply