Zara

Inkues Zara. Saksi ke-24 Dedahkan SESUATU Tentang Zara Ketika Di Asrama.

“Sepanjang bersekolah dan tinggal di asrama. Setiap kali kehilangan barang contohnya botol air, anak tudung, pin tudung, stokin yang hilang di surau asrama atau di dalam asrama kebanyakannya dilakukan oleh Zara.”


 

Kota Kinabalu: Allahyarham Zara Qairina Mahathir sering dipersalahkan setiap kali berlaku kehilangan barang pelajar di surau atau asrama sekolah.

Saksi kanak-kanak ke-24 inkues kematian arwah Zara Qairina. Memberitahu Mahkamah Koroner hari ini, jika berlaku kehilangan barang, kebanyakannya dilakukan oleh arwah.

Menceritakan semula keterangan saksi. Peguam Joan Goh berkata, arwah Zara Qairina sendiri memberitahu saksi apabila ada barang orang lain diambilnya.

DILAKUKAN OLEH ZARA

“Sepanjang bersekolah dan tinggal di asrama. Setiap kali kehilangan barang contohnya botol air, anak tudung, pin tudung, stokin yang hilang di surau asrama atau di dalam asrama kebanyakannya dilakukan oleh Zara.

“Ia kerana setiap kali dia (arwah Zara Qairina) mengambil barang-barang itu dia akan memberitahu kepada Saksi.

“Saksi menyatakan pernah bertanya kepada Zara kenapa ambil barang orang. Tetapi jawapan Zara ‘dia orang tidak mahu pakai jadi aku ambillah’,” katanya selepas prosiding, di sini, hari ini.

Katanya, saksi juga menyatakan bahawa dia selalu menasihatkan arwah Zara Qairina supaya memulangkan semula barang-barang itu.

“Saksi kata, arwah Zara berjanji akan memulangkan tetapi tidak berbuat demikian. Sehinggalah kawan-kawan sibuk mencari dan terjumpa barang-barang itu di dalam almarinya barulah dia kembalikan.

“Saksi menyatakan tidak pernah memberitahu kepada siapapun perbuatan Zara kerana saksi tidak tahu siapa tuan punya barang-barang itu,” katanya.

SERING DIEJEK DAN DIPULAUKAN

Sementara itu, Joan berkata, saksi juga menceritakan mengenai arwah Zara Qairina yang sering diejek dan dipulaukan oleh pelajar lain di sekolah.

Saksi ke-33 inkues itu yang sama-sama belajar dengan arwah Zara Qairina di Tingkatan Satu turut memberitahu mahkamah mengenai keadaan arwah yang menjadi mangsa body shaming (sindir badan).

“Sepanjang saksi berkawan dan tinggal di asrama yang sama dengan Zara. Saksi ada melihat Zara diejek dan dipulau oleh kawan-kawan asrama.

“Saksi juga pernah dengar hampir setiap hari Zara diejek dan body shaming mengenai bentuk badan Zara oleh pelajar Tingkatan Satu. Tapi saksi tidak tahu namanya dengan berkata ‘gemuklah ko (kau) nih (ini)’ dan Zara hanya berkata ‘bah iya lah’ sambil ketawa.

“Saksi juga pernah nampak pelajar lelaki satu kelas dengan Zara yang mengejek dengan menjerit-jerit memanggil Zara dengan panggilan ‘anak Mahathir, anak Mahathir’ dan ia berlaku setiap hari,” katanya.

Bagaimanapun, katanya Zara Qairina tidak pernah marah diperlakukan begitu. Tetapi saksi nampak dia akan menulis dan meluahkan apa yang dirasanya dalam buku diarinya.

Saksi juga katanya, tidak tahu siapa lagi yang selalu mengejek dan membuat body shaming terhadap arwah Zara Qairina selain yang saksi nyatakan sebelum ini.

Katanya, saksi juga memberitahu mahkamah. Bahawa arwah Zara Qairina sendiri selalu bercerita kepadanya yang dia pernah dipulau oleh beberapa kawan sekolah dari Tingkatan Satu hingga Lima.

“Zara juga memberitahu kepada saksi. Dia sering diejek mengenai perangai dan fizikal Zara, hinggakan nama bapa Zara jadi bahan ejekan pelajar asrama.

“Tapi Zara kata kepada saksi yang dia tidak kisah dan tidak peduli mengenai semua ejekan kawan-kawannya,” katanya.

Sumber : HM

Share.
Leave A Reply