Author: Miss Alin

Mahkamah Rayuan Paris pada Isnin, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap seorang pempengaruh atas pertuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih tiga juta euro (kira-kira RM13 juta). Paul Antony, 25, yang dikenali sebagai PA7 melakukan tuntutan palsu bagi pembayaran perniagaan daripada kerajaan semasa krisis Covid-19. Tuntutan itu dilakukan bagi pihak pekerja sendiri dan firma kecil yang dikenali menerusi laman sosial, Snapchat, dengan mengenakan potongan 40 peratus terhadap mereka. Perbuatan itu didakwa dilakukannya bersama seorang rakan, Julien M, sejak Mac 2020. Mahkamah mendapati, tertuduh memperoleh komisen lebih tiga juta euro daripada 700 kes yang difailkan berjumlah hampir 34 juta euro…

Read More

Selepas ‘berhempas pulas’ mengharungi episod pilihan raya, dijangkiti Covid-19 dan sibuk menguruskan kehidupan seharian, Nurul Izzah Anwar yang sinonim dengan jolokan ‘Puteri Reformasi’ berkongsi kegembiraan apabila ‘akhirnya’ dapat berpelukan dengan ibu bapanya. Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkongsi sekeping gambar di akaun Instagramnya yang memaparkan beliau dengan erat memeluk ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kegembiraan itu, menerusi perkongsian nukilannya di platform berkenaan, beliau turut berkongsi detik sedih apabila memberitahu kehilangan bayi yang dikandungnya. “Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui…

Read More

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pemimpin PAS boleh mentafsirkan tindakan pemberian wang tunai ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengikut cara mereka, namun perkara itu sedang disiasat berkaitan pembelian undi. Beliau berkata, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya seperti dilihat dalam satu video yang berlaku di Terengganu. “Tidak mengapa jika mereka menggunakan istilah seperti sedekah. Ia tetap rasuah seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. “Kami sudah membuka beberapa kertas siasatan selepas menerima aduan ketika dan selepas pilihan raya dan kami…

Read More

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, semalam memberi amaran bahawa Sweden tidak boleh mengharapkan sokongan negara itu untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas insiden pembakaran Al-Quran, di luar kedutaannya, di Stockholm. Kenyataan Erdogan itu menjauhkan lagi prospek Sweden dan Finland untuk menyertai pakatan pertahanan Barat sebelum pilihan raya presiden dan parlimen Turkiye, Mei ini. Turkiye dan Hungary adalah satu-satunya anggota NATO yang tidak meratifikasi keputusan bersejarah kedua-dua negara untuk memecahkan tradisi berkecuali ketenteraan sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Russia ke atas Ukraine. Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban, berjanji bahawa parlimennya akan meluluskan kedua-dua bidaan itu bulan depan. Bagaimanapun, Erdogan…

Read More

Gara-gara kalah dalam permainan video, seorang kanak-kanak maut ditembak dengan pistol oleh rakan sepermainannya. Pihak berkuasa berkata, insiden ganas di negeri timur Veracruz itu membabitkan dua budak lelaki iaitu mangsa yang berusia 11 tahun, manakala pelaku jenayah berkenaan berumur 10 tahun. Suspek mengambil pistol dari rumah keluarga dan menembak mangsa di kepala pada Ahad selepas kecewa dan marah akibat kekalahannya ketika bermain di premis sewa permainan video. Kanak-kanak itu dan keluarganya kemudian melarikan diri. Apa yang saya minta ialah anda membantu saya untuk mencapai keadilan,” kata ibu mangsa kepada pemberita pada majlis pengebumiannya pada Selasa. “Anak saya meninggal dunia kerana…

Read More

Seorang lelaki yang ditahan kerana melarikan diri bersama kekasihnya sejauh lebih 70 kilometer sebelum ditahan polis sebelum ini didenda RM3,000 di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini. Majistret, Hidayatul Syuhada Samsuddin turut memerintahkan agar tertuduh yang mengaku bersalah dikenakan hukuman penjara selama empat bulan sekiranya beliau gagal membayar denda terbabit. Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Danish Izzuddin Mohd Sharpie, 20, didakwa menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugas. Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau…

Read More

Seorang ibu muda ditahan bersama teman lelakinya kerana disyaki menekup dan mencekik anaknya selepas bermalam bersama kekasihnya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini pada 12 Januari lalu. Difahamkan, suspek yang berusia 20 tahun bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam keterangan awal suspek berusia 20 tahun mendakwa mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan. “Sekitar jam 11.30 pagi doktor berkenaan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki berusia…

Read More

Tindakan nekad seorang remaja lelaki di Indonesia untuk menghalang sebuah lori dipercayai semata-mata untuk kandungan (content) berakhir dengan tragedi ngeri apabila dia dilanggar ketika melintas jalan hingga maut, lapor Tribun Jateng. Difahamkan, jenazah remaja lelaki itu kemudiannya diletakkan di jalan raya bahagian bawah (dipercayai tebing) berdekatan dengan tol Gunung Putri, Daerah Bogor pada Sabtu. Video tersebut tular di media sosial dan salah satunya dikongsi menerusi akaun Instagram. Ketua Polis Gunung Putri Bogor Tri Nugraha mengesahkan sehingga kini identiti mayat remaja itu masih belum diketahui. “Betul, ini mangsa kemalangan yang belum diketahui identitinya. “Budak lelaki itu dan rakannya menahan lori secara paksa dan akhirnya…

Read More

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem bergenre seram, Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah. Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata, garis panduan kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF). Bagaimanapun, katanya, FINAS boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kecurangan, penipuan atau keburukan akhlak. “FINAS mengambil maklum berhubung isu video trailer filem Pulau yang tular dalam media sosial ketika ini. “Trailer yang tular memaparkan beberapa adegan keterlaluan dan dilihat tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia.…

Read More

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim digesa campur tangan dalam rancangan kerajaan negeri melakukan penerokaan ke atas unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata keputusan kerajaan negeri melakukan penerokaan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP), dibimbangi boleh mengakibatkan berlaku unsur salah guna kuasa yang lain. Jelasnya, disebabkan itu semua aktiviti penerokaan membabitkan REE perlu dihentikan segera sehingga SOP jelas dikeluarkan pihak kementerian, walaupun kerajaan negeri ada menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pihak swasta bagi tujuan itu. “Kita minta pihak kementerian campur tangan dalam isu REE ini kerana kita takut…

Read More