Author: Miss Alin

Harga minyak masak kemasan botol lima kilogram (kg) turun 60 sen kepada RM30.90 berbanding RM31.50 berkuat kuasa dari 8 Nov hingga 7 Dis ini, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyebut harga minyak masak kemasan botol tiga kg turun kepada RM19.60 daripada RM19.90, botol dua kg (RM13.30 daripada RM13.50) dan botol satu kg (RM6.90 daripada RM7.10). KPDNHEP memaklumkan harga baharu itu ditetapkan selepas kerajaan meneruskan kawalan harga minyak masak sawit botol yang dilaksanakan sejak 8 Ogos lepas. Menurut kenyataan tersebut, kawalan harga ini dilaksanakan mengikut kaedah harga siling bergerak berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia. KPDNHEP menyebut…

Read More

Mahkamah Persekutuan, hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas ahli perniagaan yang membunuh bekas tunangnya, sebelum membuang mayat wanita itu ke dalam sungai tujuh tahun lalu. Rayuan terakhir Yuwafee Heidi Hamdan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atasnya ditolak oleh panel tiga hakim yang mendapati tiada merit dalam rayuannya. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel itu berkata, terdapat keterangan ikut keadaan untuk membuktikan Yuwafee bersalah. Katanya, kami mendapati sabitan ke atasnya adalah selamat dan kami mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyabitkan perayu (Yuwafee) dan menjatuhkan hukuman…

Read More

Seorang remaja mengalami hal yang tidak dijangka selepas jiran sanggup ugut bunuh, selain kerap mengancam keselamatan ahli keluarga akibat ditegur mencuri seluar dalam wanita. Remaja yang tinggal di bandar raya ini itu mendakwa jiran lelaki berusia 40-an terbabit mencuri seluar dalam wanita yang dijemur di ampaian rumah, malah gemar menghendap. Katanya, keluarganya mula menyedari perkara itu sejak setahun lalu. Ujarnya, mereka sekeluarga memang pelik apabila seluar dalam ibu kerap hilang. Awalnya, hanya menyangka ibu pelupa dan tidak meletakkan pakaiannya di tempat sesuai. Sambungnya, bagaimanapun apabila menyedari ia perbuatan jiran, mereka mula bimbang dan juga pernah mengadu perkara berkenaan kepada keluarga…

Read More

Perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) ditangguhkan ke Januari tahun depan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan kenyataan saksi. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah melapangkan tarikh pendengaran itu hari ini dan esok serta 9 dan 10 November selepas peguam utama Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon untuk menangguhkan perbicaraan itu. Hakim menetapkan 21 hari untuk perbicaraan iaitu 16-19 Januari, 30-31 Januari, 7-9 Februari, 27-30 Mac, 10-13 April dan 15-18 Mei. Terdahulu, Hisyam berkata, pihak pembelaan memohon untuk menangguhkan perbicaraan itu sementara menunggu keputusan rayuan Ahmad…

Read More

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jelai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pada PRU ini, Barisan Nasional (BN) Pahang akan bertanding di 42 kerusi Dun. BN Pahang juga menampilkan 27 muka baharu di Dun. Lapan daripada 14 calon kerusi parlimen juga membabitkan muka baru. Daripada keseluruhan kerusi Dun, 34 kerusi ditandingi Umno dan enam lagi MCA. Bagaimanapun, dua calon bagi kerusi Sabai dan Cheka tidak diumumkan. Pada masa sama, anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nizar diumumkan sebagai calon di Dun Peramu Jaya. Wan Rosdy…

Read More

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau kemasukan ‘baby nanas’ di semua pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan ia mematuhi Akta Makanan 1983. Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM Norrani Eksan, berkata sejak tahun lalu, pihaknya sudah mengenakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) ke atas ‘baby nanas’ (kulit berkupas) yang diimport. Hingga kini, sebanyak 115 sampel buah nanas diambil bagi tujuan analisis pelbagai parameter. Jelasnya, sebanyak 11 sampel didapati mengandungi siklamat dan disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM8,500. Menurutnya, merujuk kepada isu buah nanas kecil atau dikenali ‘baby nanas’ yang tular di media sosial baru-baru ini dan didakwa…

Read More

Niat menangkap penyu bertukar tragedi. Begitulah kisah yang dapat disimpulkan selepas seorang warga emas ditemui cedera parah akibat jari tengah digigit dan tidak mahu dilepaskan oleh haiwan terbabit. Kisah tersebut bermula selepas seorang lelaki warga Thailand cuba untuk menangkap seekor penyu liar dari sungai Tha Maka di wilayah Kanchanaburi, barat Thailand dalam kejadian baru-baru ini. Akan tetapi niatnya itu terbatal apabila penyu tersebut mengigit jari tengahnya dan tidak mahu melepaskan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan serius. Anggota penyelamat yang menerima laporan itu bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa, 60 tahun terbaring di atas tanah sambil menangis menahan sakit. Bagaimanapun, ketika…

Read More

Dua lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan runtuhan kren gantri di sebuah kilang di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, petang semalam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berkata pihaknya menerima maklumat runtuhan kren yang mengorbankan Abdul Rajim Hasmki, 33, dan Maiyden Asibin, 29, serta Mosed Alinid, 34, yang cedera pada jam 4.58 petang. Katanya dalam satu kenyataan, kemalangan kren industri berat dipercayai akibat kerja-kerja pemotongan kren untuk dilupuskan di mana berlaku runtuhan kren ketika kerja-kerja pemotongan dilakukan hingga menyebabkan tiga mangsa itu tersepi. Beliau berkata pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian telah mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan bantuan…

Read More

Twitter dikatakan bakal mengenakan bayaran $19.99 (RM94.65) setiap bulan bagi langganan Twitter Blue baharu kepada penggunanya menerusi laporan Business Insider. Difahamkan, pelan terbaharu itu bakal dilancarkan tidak lama lagi dan memerlukan pengguna untuk membayar bagi lencana pengesahan mereka (verification badge). Ia dikatakan termasuk dalam perjanjian pembelian Twitter oleh pemilik baharu, Elon Musk. Sementara itu, bekas editor The Verge, Casey Newton mendakwa bahawa eksekutif Twitter telah mengadakan perbincangan berhubung perubahan baharu pada platform media sosial itu pada hujung minggu. Pengguna yang melanggan Twitter Blue perlu membayar langganan itu sekiranya tidak mahu kehilangan ‘lencana’ mereka. Sebelum ini, Twitter Blue yang dilancarkan pada…

Read More

Persembahan artis-artis terkenal Kpop bersempena sambutan Halloween di Korea Selatan terpaksa dibatalkan ekoran tragedi kematian beramai-ramai di Itaeowon pada Ahad. Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan (Korea Selatan) berkata, pembatalan konsert Busan One Asia Festival K-pop itu dibuat hanya beberapa jam sebelum ia bermula. Jelasnya, pihak mereka membuat keputusan untuk membatalkan konsert yang dijadualkan pada 1 hingga 4 November. Namun, sambungnya dalam satu kenyataan, keputusan rasminya iaitu sama ada untuk mengadakannya semula atau dibatalkan sepenuhnya akan diumumkan pada 7 dan 11 November ini. Menerusi laporan Korea JoongAng Daily, kira-kira 40,000 orang pengunjung dijangka hadir menggegarkan stadium berkenaan yang menampilkan persembahan 10…

Read More