Dakwaan mengatakan seorang wanita Afrika Selatan, Gosiame Sithole melahirkan 10 bayi awal bulan ini disahkan tidak benar.

'Lahir 10 Bayi' Dalam Satu Masa, Rupa-rupanya Satu Dunia Ditipu..

BBC melaporkan siasatan rasmi pihak berkuasa menemui tidak ada hospital di wilayah Gauteng merekodkan kelahiran kembar berkenaan.

Ujian perubatan juga menunjukkan Sithole tidak mengandung seperti didakwanya.

Wanita berusia 37 tahun itu kini ditahan di bawah akta kesihatan mental untuk pemerhatian dan rawatan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menghuraikan sebab-sebab di sebalik rekaan cerita itu.

Independent Online (IOL), kumpulan media yang memiliki Pretoria News menjadi media pertama melaporkan kisah Sithole melahirkan kembar itu di Hospital Akademik Steve Biko (SBAH) di Pretoria, pada 7 Jun.

Laporan itu menyebut kakitangan tidak bersedia menyambut kelahiran berkenaan dan menuduh hospital dan pihak berkuasa kesihatan wilayah berusaha untuk menutup kecuaian perubatan.

Media itu sehingga kini masih mempertahankan laporannya.

Dalam pada itu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap ketua editor Pretoria News, Piet Rampedi, dan IOL.

Sithole yang sudah mempunyai kembar dua berusia enam tahun dan pasangannya Teboho Tsotetsi tinggal di Thembisa.

Ia sebuah bandar dengan kebanyakan penduduk bekerja di wilayah Gauteng berhampiran Johannesburg.

Menurut IOL, Rampedi menghadiri upacara di sebuah gereja di mana pasangan itu diperkenalkan kepadanya pada Disember.

Pada Mei lalu, dia didakwa menemu bual pasangan yang mendakwa mengandung kembar lapan dengan gambar Sithole kelihatan hamil.

Pada 8 Jun, Pretoria News menyiarkan berita kelahiran kembar 10 berkenaan dan menyebut Tsotetsi sebagai bapa.

Dia kemudian mengatakan menerima pesanan teks daripada pasangannya memberitahu mengenai berita kelahiran itu, sambil menambahkan dia tidak dibenarkan di hospital kerana larangan Covid-19.

Rampedi dikatakan hanya bergantung pada mesej WhatsApp dan tidak membuat pengesahan dengan hospital berkenaan.

Datuk bandar tempatan kemudian mengesahkan kelahiran tetapi jurucakap kerajaan kemudian mengatakan ahli politik itu hanya mempercayai keluarga itu dan belum melihat kembar berkenaan.

Derma mula ‘membanjiri’ pasangan itu dan bayi mereka yang dilaporkan dikenali ‘Thembisa 10’, termasuk AS$70,000 (RM291,000).

Berita itu kemudian dilaporkan media seluruh dunia, tetapi ia menimbulkan curiga kerana tiada foto kembar berkenaan.

Selain itu, hospital terbabit menafikan merawat wanita itu.

Sumber: HM

Berita Berkaitan..

‘Berangan’ pecahkan Rekod Dunia, Wanita Ini Sebenarnya Di Alam Fantasi

Seorang wanita di Afrika Selatan dituduh berfantasi kerana mengaku memecahkan rekod dunia dengan melahirkan 10 bayi dalam satu masa, walaupun tiada bukti yang menyokong dakwaannya.

'Lahir 10 Bayi' Dalam Satu Masa, Rupa-rupanya Satu Dunia Ditipu..

Mirror UK melaporkan, Gosiame Sithole mendakwa dia melahirkan kembar 10 itu pada 7 Jun 2021 di Hospital Steve Biko di Pretoria, Afrika Selatan.

Dia juga mendakwa dilarang daripada berjumpa dengan bayinya, dipaksa untuk menjalani penilaian psikiatri dan mengatakan privasinya dicabuli oleh pegawai hospital, pekerja sosial serta anggota polis.

Dalam maklum balas kepada aduan yang dibuat oleh suami wanita itu, Tebogo Tsotetsi, seorang pendakwa raya mendapati semua dakwaan berkenaan adalah karut dan rekaan semata-mata.

Selepas berita itu tersebar di seluruh dunia, ‘kembar 10 itu’ dikenali di Afrika Selatan sebagai ‘Thembisa 10’.

Tsotetsi bagaimanapun mendakwa dokumen perubatan dikongsi tanpa pengetahuan atau kelulusannya kepada media.

Dia juga mendakwa polis menahannya secara menyalahi undang-undang, dan dua anak kembar sulungnya diambil secara paksa daripada jagaannya, lapor Times Live.

Bagi menyusun laporannya setebal 57 muka surat, pendakwa raya Kholeka Gcaleka menemu bual individu yang dikatakan terbabit dalam kejadian termasuk di hospital didakwa tempat kanak-kanak itu sepatutnya dihantar.

Laporan itu menyatakan ‘Dakwaan Sithole melahirkan kembar 10 pada 7 Jun 2021 di Hospital Steve Biko dan tidak diberi peluang berjumpa bayinya adalah tidak berasas’.

Bukti menunjukkan Sithole tiada hospital berkenaan dan wanita itu juga tidak hamil.

Sumber: HM

Share.

Leave A Reply