Bintang Liverpool, Mohamed Salah menerima kritikan hebat di media sosial oleh penyokong Muslim selepas dia menyiarkan foto keluarganya bersebelahan pokok Krismas.

Salah 'Dikecam' Penyokong Muslim Sambut Krismas

Salah yang juga seorang Muslim turut berkongsi tulisan ‘#MerryChristmas’ bersama foto itu di akaunTwitter dan Instagramnya.

Pemain berusia 30 tahun itu dan keluarganya – isteri Magi dan anak mereka Makka dan Kayan berpakaian pijama dalam foto terbabit.

Namun ciapan Salah tidak disenangi penyokong Muslim dengan kebanyakan kritikan dihantar dari luar United Kingdom.

Seorang peminat berkata: “Saya akan berhenti mengikuti anda dan tidak menyokong Liverpool kerana anda meraikan Krismas bersama penganut agama itu.”

Seorang lagi berkata: “Saya menjadi penyokong Liverpool sejak kecil lagi tetapi kini saya berhenti menyokong kerana anda meraikan Krismas. Anda baru sahaja kehilangan saya sebagai peminat Mo Salah. Selamat tinggal!”

“Mo Salah, saya suka awak sebagai peminat Madrid. Saya anggap anda pemain hebat dan sering menjadi inspirasi saya. Tetapi selepas ciapan ini saya tidak lagi anggap anda sebagai contoh.

“Anda mengecewakan saya. Jika anda tidak memadamkan ciapan ini, saya tidak akan mengikuti anda lagi,” kata seorang lagi peminat.

Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan penyerang Mesir itu apabila menganggap dia pemain terhebat Afrika.

“Kepada kami anda adalah gabungan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Kylian Mbappe. Nikmatilah,” kata mereka.

Seorang lagi peminat berkata: “Ucapan Krismas paling ditunggu-tunggu.”

Salah dijangka tampil dalam kesebelasan skuad Jurgen Klopp pada aksi pertama Liga Perdana sejak Piala Dunia dengan kunjungan ke Aston Villa pada Boxing Day.

Sumber: HM

BERITA BERKAITAN..

Undang Kemarahan Peminat, Salah ‘Dikecam’ Sambut Krismas

Penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah mengundang kemarahan peminat yang tidak gembira melihat bintang Muslim itu berkongsi gambar ucapan Hari Natal bersama keluarganya.

Undang Kemarahan Peminat, Salah 'Dikecam' Sambut Krismas

Salah, 28, memuatnaik gambar di media sosial dengan dirinya dan keluarga berpakaian sempena perayaan itu di depan pokok Krismas, sebelum menambah dengan dua emoji dan hashtag ‘MerryChristmas’.

Gambar yang dimuatnaik di Instagram itu mendapat 2.3 juta tanda suka manakala ucapannya di Twitter dengan menggunakan gambar sama mendapat lebih 245,000 kali tanda suka.

Bagaimanapun, walaupun ada yang menyukai ucapan berkenaan ia tidak lari dengan kecaman dari sesetengah peminat apabila mempersoalkan bintang Muslim itu tidak sepatutnya meraikan Hari Natal.

“Sebagai seorang Muslim kita tidak sepatutnya meraikan atau mengucapkan tahniah kepada penganut agama lain, itu saja,” kata salah seorang peminat.

“Disebabkan itulah (pemain Arsenal dan Mesir) Mohammed Elneny adalah Raja Mesir bukannya anda,” celah salah seorang peminatnya.

“Hari ini anda Kristian, esok Muslim. Anda harus terangkan nanti perkara ini kepada Maha Pencipta,” kata seorang lagi peminat.

“Sebab itulah saya lebih suka UFC, ‘BROTHER KHABIB’ adalah bintang Muslim paling terkenal, dia tidak berkompromi. Muslim tidak sambut Krismas tapi anda boleh bergembira, kita mempunyai sambutan Eid,” kata seorang lagi yang merujuk kepada juara UFC dari Russia, Khabib Nurmagomedov, yang juga seorang Muslim.

Salah menjadi perbualan hangat di media sejak kebelakangan ini terutama mengenai masa depannya di Liverpool selepas mendakwa dia tidak gembira di kelab berkenaan dan dikaitkan akan berpindah ke Sepanyol.

Sumber: HM

Share.

Leave A Reply