Sebanyak lapan premis makanan diarahkan tutup berikutan tahap kebersihan tidak memuaskan termasuk penemuan najis tikus dan lipas dalam Operasi Tomyam dan Premis Makanan Waktu Malam yang dijalankan baru-baru ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat berkata, pemeriksaan itu dijalankan Jabatan Kesihatan Persekitaran.
Menurut beliau, kesemua premis terbabit diarahkan ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
“MPKS mengarahkan pemilik premis melakukan pembersihan segera secara menyeluruh sebelum dibenarkan beroperasi semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Rahilah memberitahu, pemeriksaan mengejut yang dijalankan MPKS bertujuan memastikan premis makanan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk dikunjungi pelanggan.
Justeru katanya, pemeriksaan dan operasi seperti itu akan diperluaskan lagi untuk tahun seterusnya bagi mengekalkan tahap kebersihan yang baik terhadap pengusaha–pengusaha premis makanan.
Dalam pada itu, Rahilah berkata, Operasi Tomyam dan Premis Makanan Waktu Malam itu dijalankan mulai Mei hingga Oktober lalu dengan menyasarkan semua premis makanan di daerah ini.
Dalam pada itu, Rahilah berkata, Operasi Tomyam dan Premis Makanan Waktu Malam itu dijalankan mulai Mei hingga Oktober lalu dengan menyasarkan semua premis makanan di daerah ini.
“Kesalahan itu mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007, Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MDKS) 2007, Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDKS) 2007 di bawah bidang kuasa MPKS.
“Manakala Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 pula di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM),” ujar beliau.
Sumber: AA
BERITA BERKAITAN..Â
Selepas Viral Tikus Makan Ayam Goreng, Ini Hukuman Dikenakan
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) berkuat kuasa serta-merta ke atas premis makanan yang tular dengan kejadian seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan.
Mohd Fauzi Mohd Yatim, Yang Dipertua MPAJ, menegaskan tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dilakukan sekiranya premis berkenaan masih beroperasi setelah NPPL dikeluarkan.
Justeru, pihaknya hanya akan mempertimbangkan permohonan lesen baharu jika semua syarat terutama berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya.
Beliau berkata, NPPL yang berkuat kuasa serta-merta akan dikeluarkan ke atas premis makanan tersebut selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, yang telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada 24 Disember lalu ke atas premis berkenaan.
Beliau juga menyatakan, pemeriksaan kebersihan premis makanan dari segi kawasan penyajian dan penyediaan makanan serta kawalan serangga perosak di premis juga dijalankan secara berkala oleh MPAJ.
Beliau juga berkata dalam kenyataan hari ini bahawa MPAJ mengambil berat isu yang telah berlaku ini dan tindakan akan diambil ke atas mana-mana premis makanan yang mengambil mudah tentang aspek kebersihan.
Berdasarkan rekod pemeriksaan lalu, Mohd Fauzi berkata pihaknya mendapati penarafan kebersihan di premis terbabit adalah pada Gred B bagi Jun 2021 dan terbaru pada Januari lalu.
Bagi memastikan tahap kebersihan di premis makanan sentiasa terjamin, beliau berkata MPAJ sentiasa melakukan pemantauan kawalan kebersihan bagi memastikan syarat dan peraturan ditetapkan pihaknya sentiasa dipatuhi.
Sehingga 30 November lalu, sebanyak 1,057 premis makanan diperiksa dan 259 kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UKK) 9(f) Pengenalan Makanan MPAJ 2007 dan UKK 19(1)(d) Establisymen Makanan MPAJ 2007.
Katanya bahawa justeru, orang ramai juga boleh melaporkan aduan berkenaan kebersihan premis di kawasan MAPJ melalui http://aduan.mpaj.gov.my,”.
Sumber: Berita Harian