Aksi Gila kenari

Aksi Gila di Sibu: Kenari Putih Rempuh Motosikal & Kereta. Rupa2nya Ini Masalah Pemandu.


 

SIBU, 6 Oktober – Seorang pemandu Perodua Kenari yang tular selepas memandu secara melulu. Tindakannya hingga menyebabkan melanggar seorang penunggang motosikal serta beberapa kenderaan lain di Sibu semalam. Akhirnya pemandu itu ditahan polis selepas disahkan positif dadah jenis amphetamine.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata. Lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut berhubung insiden yang berlaku berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Elizabeth, Jalan Oya, Sibu.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sibu. Telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda antara RM5,000 hingga RM15,000, serta hilang kelayakan lesen memandu untuk tempoh tidak kurang dua tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine.  Kini turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Seksyen ini memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” jelas beliau.

Menurut Zulkipli, suspek telah direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Sebelum ini. Tular di media sosial beberapa video menunjukkan kereta Perodua Kenari berwarna putih memandu secara berbahaya. Mencelah di antara kenderaan lain dan merempuh seorang penunggang motosikal serta beberapa buah kereta di lokasi kejadian.

Pemandu tersebut turut dilihat ditahan oleh orang ramai selepas kenderaannya terbabas, sebelum berlaku pertengkaran di tempat kejadian.

Dalam satu rakaman lain, lelaki itu mendakwa dia bertindak sedemikian kerana dikejar oleh seorang penunggang motosikal, namun dakwaan itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

@budak8768♬ original sound – Atokup8768

Zulkipli turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, sebaliknya memberi ruang kepada polis untuk menyiasat secara menyeluruh.

Sumber Video : Kelab Info Malaysia

Share.
Leave A Reply