Emergency Bertukar Drama Lawak! Bomba Tergelincir Berturut-Turut, Abang Cleaner Tenang Macam Tiada Apa.
Gelagat ‘selamba’ itulah yang paling mencuri perhatian dan mengundang gelak tawa ramai di media sosial.
Bila bercakap tentang hal kecemasan atau “emergency”, kita tahu ia boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa amaran dan tanpa sempat kita bersedia.
Begitulah realiti kerja pasukan bomba yang sentiasa bersiap siaga 24 jam sehari demi menyelamatkan nyawa dan harta benda orang ramai.
Namun siapa sangka. Suasana tegang di sebuah balai bomba di China baru-baru ini bertukar menjadi babak yang cukup mencuit hati netizen selepas rakaman CCTV mereka tular di media sosial.
Dalam video berdurasi kurang seminit itu, kelihatan seorang abang cleaner sedang sibuk mop lantai di kawasan dalam balai.
Suasana nampak tenang, sehinggalah tiba-tiba siren kecemasan berbunyi menandakan ada panggilan tugas yang perlu segera disahut.
Tidak tunggu lama, kelihatan beberapa anggota bomba berlari keluar dengan pantas menuju ke arah kenderaan mereka.
Namun, apa yang berlaku selepas itu benar-benar membuat ramai ketawa. Seorang demi seorang abang bomba tergelincir di atas lantai yang licin, malah ada yang ‘terbang’ sebelum jatuh tergolek.
Meskipun ada yang jatuh, semangat mereka tidak tergugat. Dengan pantas mereka bangun semula dan terus berlari menuju ke arah kenderaan bomba.
Reaksi spontan itu membuatkan ramai netizen kagum dengan kecekapan serta ketabahan mereka walaupun dalam keadaan memalukan sekalipun!
Menariknya, dalam kekalutan itu, abang cleaner tetap tenang meneruskan kerja mop lantai, seolah-olah tiada apa yang berlaku di sekelilingnya.
Gelagat ‘selamba’ itulah yang paling mencuri perhatian dan mengundang gelak tawa ramai di media sosial.
Video yang dikongsikan di beberapa platform seperti Weibo dan TikTok itu menerima jutaan tontonan dalam masa singkat.
Ramai netizen meninggalkan komen lucu, antaranya menyifatkan abang cleaner itu sebagai “wira sebenar” kerana berjaya kekal fokus walaupun suasana kelam-kabut berlaku di depan mata.
Namun di sebalik gelak tawa, ramai juga yang mengingatkan supaya langkah keselamatan diambil serius dalam mana-mana bangunan operasi seperti balai bomba.
Lantai yang licin boleh menyebabkan kecederaan serius, apatah lagi ketika petugas sedang bergegas menyahut panggilan kecemasan.
Apa pun, insiden ini bukan sekadar menghiburkan. Ia juga mengingatkan kita bahawa di sebalik seragam merah dan tugas berat mereka. Abang-abang bomba juga manusia biasa yang kadang-kala tidak terlepas daripada situasi lucu dan tidak dijangka.
@mustsharenews The cleaner just kept mopping like nothing happened 😭#mustsharenews #sgfyp #china ♬ original sound – MustShareNews




