Kemalangan 200 Kenderaan: Berkumpul Tepi Jalan Untuk Ritual Pengebumian | Sekurang-kurangnya 19 maut dan 20 lagi cedera dalam kemalangan maut di Jiangxi, China, yang berlaku Ahad lepas, lapor Saudi Gazette.
Menurt akhbar tempatan Jimu, kemalangan maut itu dipercayai berlaku apabila sebuah trak melanggar perarakan pengebumian yang melalui lokasi tersebut.
Ketika kejadian, orang ramai dikatakan berada di tepi jalan tersebut untuk melakukan ritual khas kepada si mati sebelum bergerak ke tapak pembakaran mayat.
Mangsa yang meninggal dunia majoritinya adalah mereka yang terlibat dengan ritual tersebut.
Seorang saksi lelaki memberitahu media yang isterinya turut terkorban dalam kemalangan tersebut. Katanya, dia melihat sebuah trak tiba-tiba merempuh bahagian belakang barisan perarakan sebelum menghentam kenderaan mayat.
Kira-kira sejam selepas berita kemalangan tersebut, pihak polis trafik Daerah Nanchang mengeluarkan tip pemanduan keselamatan kepada pemandu-pemandu yang memaklum kawasan tersebut mengalami ‘cuaca berkabus’.
Antara tips yang dikeluarkan adalah mengelakkan daripada memandu terlalu dekat dengan kereta di hadapan serta berhati-hati dengan kehadirian penjalan kaki.
Terdahulu, kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di China kerana salah satunya didakwa berpunca daripada kekurangan kawalan keselamatan yang ketat.
Pada September lepas, 27 penumpang maut selepas bas yang membawa mereka ke pusat kuarantin di barat daya wilayah Guizhou terbalik di lebuh raya.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Kabus Sebabkan Kemalangan Lebih 200 Kenderaan
Kabus Sebabkan Kemalangan Lebih 200 Kenderaan | Seorang maut selepas lebih 200 kenderaan ‘menghentam’ satu sama lain dalam kemalangan di atas jambatan di bandar Zhengzhou, wilayah Henan, China, semalam.
Kemalangan luar biasa itu dipercayai berlaku akibat kabus tebal yang mengehadkan jarak penglihatan, menurut penyelamat dan penyiar negeri CCTV.
Menerusi gambar dan video yang tersebar di media sosial, kelihatan kereta dan lori remuk serta saling bertindih antara satu sama lain di atas Jambatan Zhengxin Huanghe.
Satu kereta pula kelihatan terhimpit di tengah-tengah longgokan kenderaan berkenaan, berdasarkan rakaman CCTV.
Seorang mangsa kedengaran berkata, “kejadian ini sangat menakutkan. Ramai orang terbabit, (dan) saya tidak fikir kami dapat keluar dari jambatan ini.”
Menurut media tempatan, jabatan bomba menghantar 11 jentera dengan kekuatan 66 anggota untuk membantu ramai mangsa cedera yang terperangkap dalam kenderaan mereka.
Perkhidmatan meteorologi memaklumkan jarak penglihatan di banyak kawasan di wilayah itu kurang 500 meter (m) pada pagi Rabu dan turun kepada 200m pada masa-masa tertentu.
Penyelamat yang dilapor media berkata, lebih 200 kenderaan menghentam satu sama lain, manakala CCTV melaporkan banyak kenderaan yang kemalangan di kedua-dua arah jambatan utama itu, yang menyeberangi Yellow River.
Polis menutup jambatan berkenaan daripada sebarang lalu lintas.
Sumber: Harian Metro
Kenderaan Dipandu Terbabas, Pemandu Treler Maut Kemalangan
Kenderaan Dipandu Terbabas, Pemandu Treler Maut Kemalangan | Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya mengalami kecederaan setelah lori yang dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 9 Jalan Kubu Gajah-Sungai Dendang Selama Perak kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd. Sabri Saad berkata, lori jenis Scania P410 dengan muatan penuh minyak sawit yang dipandu Noor Hadi Mohd, 38, dan kelindannya, Kamarusin Abd. Aziz, 46, sedang dalam perjalanan ke arah Kubu Gajah.
“Siasatan awal mendapati, ketika sampai di kawasan selekoh di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah hilang kawalan dan terus melanggar tiang elektrik yang berada di sebelah kanan jalan sebelum terbabas di bahu jalan lorong yang sama.
“Kedua-dua mangsa telah tersepit dalam kenderaan dan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama dengan bantuan BBP Serdang mengambil masa dua minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, Noor Hadi yang beralamat di Ipoh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian dada.
“Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Selama bagi menjalani rawatan dan mayat pemandu lori itu telah dihantar ke bahagian forensik untuk dibedah siasat,”katanya.
Sumber : Kosmo