Author: Daachayani Arul Sekaran

Akibat ‘Love Scam’ Kakitangan IPT Rugi Setengah Juta | Seorang kakitangan wanita sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini mendakwa kerugian RM500,000 akibat terpedaya dengan sindiket ‘love scam’ atau penipuan cinta. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata kejadian bermula pada Julai 2020 selepas mangsa berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi laman sesawang mencari jodoh. Beliau berkata sejak itu, suspek sering kali meminta wang daripada mangsa atas pelbagai alasan termasuk untuk meminjam dan sebagai tanda kasih sayang. Sepanjang perkenalan mereka dari 2020 hingga 2023, mangsa telah melakukan 22 pindahan wang ke akaun yang berbeza-beza sehingga…

Read More

6 Termasuk 3 Kanak-Kanak [email protected] Ditembak Di Sekolah | Tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan sebuah sekolah swasta di Tennessee maut selepas ditembak seorang penyerang yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan. Motif tidak diketahui tetapi suspek melukis lakaran terperinci sekolah itu, termasuk pintu masuk dan meninggalkan “manifesto” serta tulisan lain yang sedang diperiksa penyiasat, kata Ketua Polis John Drake. Ia adalah kejadian terbaharu dalam siri keganasan membawa maut di Amerika Syarikat (AS) membabitkan The Covenant School, yang kebanyakan pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak usia sekolah rendah. Drake mengenal pasti suspek, Audrey Elizabeth Hale, 28, penduduk kawasan Nashville. Pada sidang akhbar itu, beliau…

Read More

28 Hari Tidak Diberi Makan, Warga Emas Meninggal Dunia | Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas 28 hari tidak diberi makan dan minum oleh penjaganya di sebuah rumah jagaan. Anak yang kecewa mendakwa ibunya, Sarene Taylor, 88, dimasukkan ke hospital selepas diserang strok sebulan lalu dan doktor memberitahu, dia tidak dapat diselamatkan lagi. Rob Taylor yang juga bekas pegawai polis luar bandar Wales Utara itu berkata, ibunya dihantar ke rumah jagaan dari hospital. Beliau menyifatkan pendekatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan bukan sesuatu yang dijangkakan pada tahun 2023. Katanya, beliau memahami penjagaan akhir hayat, malah penjaga dan jururawat sudah melakukan…

Read More

Pelajar [email protected] Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah | Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 11.25 pagi. Beliau berkata kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang. Beliau berkata ketika dihubungi Bernama…

Read More

Suami Sebar Gambar Bogel Isteri | Seorang suami sanggup menyebarkan gambar bogel isterinya melalui media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp tetapi tindakan yang dilakukannya itu telah dilaporkan kepada polis, lapor portal berita detiksulsel hari ini. Lelaki berusia 41 tahun itu melancong bersama isterinya ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal Mac lalu dan merakamkan gambar bogel isterinya selepas mereka berasmara, kata peguam bela wanita berkenaan, Diah Lestrai. Menurut Diah, selepas itu, mereka melancong ke ke Turkiye pada Rabu lalu namun si isteri kemudian mendapati suaminya bersembang di laman sembang dengan wanita lain sehingga terjadi pertengkaran. Pertengkaran itu menyebabkan si…

Read More

Ular Sawa Terperangkap Dalam Mangkuk Tandas | Seekor ular sawa gergasi seberat 23 kilogram (kg) ditemui terperangkap di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Thailand baru-baru ini, lapor portal berita Thaiger semalam. Kisah itu mula dikongsi di kumpulan perbincangan Facebook yang dikenali sebagai ‘All About Thailand Snakes’ pada 17 Mac lalu. Seorang pengguna bernama Chang Lantanoy berkata, pemilik rumah tersebut pada awalnya tidak dapat mengepam tandas sebelum kemudian menyedari terdapat sesuatu di dalam mangkuk tandas tersebut. Pasukan penyelamat tempatan kemudian dikejarkan ke rumah tersebut lalu mereka cuba mengeluarkan ular itu menggunakan tangan. Namun, ketika cuba menangkap ular itu, reptilia tersebut…

Read More

Ejen Insuran Dipenjara, Liwat & Rakam Video Porno Remaja Lelaki | Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan kepada seorang ejen insurans setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan terhadap seorang remaja lelaki pada tahun 2019 iaitu melakukan amang seksual fizikal dan merakam video pornografi. Berdasarkan fakta kes, tertuduh Ahmad Jalaludeen Rahumathulla telah memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai wanita melalui media sosial untuk berkenalan dengan remaja tersebut. Tertuduh kemudian mula menyuruh mangsa untuk berkongsi gambar bogel miliknya dan mengugut untuk menyebarkan gambar berkenaan. Putar belit tertuduh tidak habis di situ, dia malah menyamar pula sebagai individu lain…

Read More

11 [email protected] Dalam Gempa bumi Kuat Di Pakistan Dan Afghanistan | Gempa bumi bermagnitud 6.5 menggegarkan sebahagian besar Pakistan dan Afghanistan pada Selasa, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang di kedua-dua negara. Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Pakistan memberitahu The Associated Press, lebih 100 mangsa dibawa ke hospital di wilayah lembah Swat, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan. Beliau berkata bahawa kebanyakan mangsa tidak sedarkan diri dan sebahagiannya tidak sedarkan diri kerana panik akibat gempa bumi. Kebanyakan mereka sudah dibenarkan keluar hospital. Faizi dan pegawai lain berkata, sembilan terbunuh apabila bumbung runtuh di barat laut Pakistan, manakala puluhan lain cedera dalam gempa bumi…

Read More

Lelaki Parah Dibelasah & Ditikam 5 Kali Akibat Rebut “Parking” | Seorang lelaki dilapor cedera parah selepas dipukul dan ditikam hanya kerana berebut tempat letak kereta, dalam kejadian yang berlaku di New York, Jumaat lepas. Menurut laporan New York Post, mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian otak dan terpaksa bergantung kepada ventilator ketika ini. Terdahulu, sebuah video yang merakam insiden ganas lelaki itu dibelasah turut tersebar di media sosial. Menerusi video tersebut, dua individu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dilihat membelasah mangsa dengan menggunakan kayu besball. Salah seorang suspek dirakam memukul mangsa menggunakan kayu besball tersebut berulang-ulang kali, termasuk…

Read More

Wanita Menggoda dan Mengumpul Bukti Tentang Pembvnuh Suaminya | Dendam terhadap dalang penjenayah yang mengakibatkan kematian suaminya membuatkan seorang wanita Colombia sanggup menghabiskan masa bertahun-tahun menggoda dan mengumpul bukti untuk membawa penjenayah itu ke muka pengadilan. Kedengaran seperti filem Hollywood, namun wanita itu berjaya melakukan apa yang pihak berkuasa tidak dapat lakukan, lapor OddityCentral. Wanita yang tidak dinamakan itu dipuji sebagai wira oleh polis dan wartawan di Cordoba, Colombia, selepas menghabiskan masa bertahun-tahun bersama penjenayah licik dan mengumpul bukti yang mencukupi untuk mendakwa suspek. Suspek dikenali Ruben Dario Viloria Barrios didakwa menyamar sebagai usahawan yang dihormati di bandar Cienaga de…

Read More