[VIDEO] Suasana Cemas Sekeluarga Siling Rumah Runtuh | Baru-baru ini tular di media sosial, siling di sebuah rumah runtuh hingga menimbulkan suasana cemas dalam kalangan sebuah keluarga.

Individu terbabit yang menggunakan nama pengguna @qilskye membuat perkongsian di laman TikTok mengenai kejadian ngeri yang sempat dirakam olehnya.

Pengguna, @qilskye menterjemahkan kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris, ‘Allahuakbar, masih terkejut menyaksikan semua huru-hara yang menakutkan ini’.

Individu itu mendakwa, siling rumahnya menjadi retak susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan ia menjadi ‘berat’ kerana dibebani dengan air.

Semasa dia merakamkan kejadian itu, siling itu juga seakan-akan ‘memahami’ apa yang dikatakan dan secara tiba-tiba ia menjadi retak dengan lebih teruk.

Wanita terbabit sambil menunjukkan retakan siling rumahnya menyata bahawa sekarang ini siling rumahnya dah pecah.

Suasana yang tadinya tenang bertukar menjadi kecoh kerana bunyi retakan siling itu semakin kuat didengari.

Individu tersebut melarikan diri ke tempat yang lebih selamat sambil menyuruh ahli keluarganya berkumpul.

Dengan keadaan panik, wanita yang dipercayai merupakan ibunya menyuruh untuk menutup semua suis elektrik.

Wanita itu mengujar bahawa kenapa tidak tutup elektrik (suis)? Tutup elektrik.

Pada mulanya, anaknya tidak mahu untuk melakukan arahan itu kerana terlampau takut untuk mendekati ruangan berbahaya tersebut.

Namun, terdapat wanita sedikit berusia yang dilihat berani membantu untuk menutup suis elektrik di ruang tamu itu.

Dalam pada itu, wanita terbabit sempat untuk menyelamatkan kipas selepas menutup semua suis di ruangan terbabit.

Keadaan menjadi tidak terkawal kerana masing-masing berasa takut dan panik susulan retakan siling itu menjadi semakin teruk.

Ketika wanita terbabit cuba untuk berjalan ke hadapan mengambil barangan yang lain, siling itu menunjukkan tanda-tanda seakan-akan mahu runtuh.

Dalam sekelip mata, siling itu mula runtuh dengan perlahan-lahan bermula di bahagian tepi sebelum runtuh kesemuanya ke lantai.

Wanita yang tadinya berdiri di bawah siling itu cepat-cepat lari ke arah yang lebih selamat sambil menjerit.

Keluarga tersebut hanya mampu menjerit menyaksikan keruntuhan siling rumahnya sambil menyebut nama Tuhan.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Seorang Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Atas Siling Rumah.

Seorang Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Atas Siling Rumah. | PURWOREJO – Seorang lelaki dilapor maut apabila terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan pemasangan perkakas elektrik baharu di daerah Purworejo, Jawa Tengah.

Memetik laporan Detik.com, mangsa ditemui maut di atas siling rumah dalam keadaan tangannya masih memegang wayar elektrik.

Difahamkan, mangsa yang berusia 42 tahun itu meninggal dunia ketika membuat pemasangan elektrik di rumah seorang wanita pada Ahad lalu.

Pemilik rumah, Suci Kurniasari sebelum itu menjelaskan bahawa isteri mangsa turut bekerja sebagai pembantu rumah di rumah miliknya.

Disebabkan mangsa sudah kerap membaiki bekalan elektrik di rumahnya, mangsa telah dipanggil untuk membuat pemasangan elektrik yang baharu untuk sebuah periuk nasi.

“Ya, dia terkena renjatan elektrik ketika sedang membaiki peralatan elektrik.

“Pada mulanya lampu dapur dibetulkan kerana ia terpadam dan ia selesai. Kemudian saya menyuruh dia untuk membuat sambungan baharu untuk sebuah periuk nasi. Saya minta dia pasang terus sahaja melalui palam elektrik di tepi peti ais, tetapi dia mahu membuat sambungan baharu.

“Jadi, saya menurut sahaja kehendaknya. Tambah pula, dia sudah biasa membaiki peralatan elektrik. Kemudian, ketika saya berada di luar tiba-tiba dia menjerit. Isterinya juga dengar kerana isterinya berada di dalam rumah.

“Saya panggil dari bawah tetapi dia terus senyap. Kemudian, ada orang yang pergi memeriksanya namun dia sudah terbaring,” jelas pemilik rumah berkenaan.

Susulan kejadian, pemilik rumah tersebut terus memaklumkan kepada jiran sebelum dilaporkan kepada polis daerah Purworejo. Setelah menerima laporan tersebut, pihak polis segera ke lokasi untuk melihat tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Purworejo, AKP Bruyi Rohman Warsito, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum mayat mangsa dipindahkan, mangsa dipercayai berada dalam keadaan terlentang manakala tangan kanannnya masih memegang kabel elektrik.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena renjatan elektrik. Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati tiada tanda-tanda keganasan dan ia berlaku akibat kemalangan elektrik di tempat kerja.

“Keluarga mangsa telah menerima berita ini sebagai musibah dan mayat akan segera dibawa pulang untuk pengebumian,” kata pihaknya.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply