nak 13 Tempat Makan Best Seafood Di Langkawi, Kedah | Langkawi adalah salah satu daerah di negeri Kedah. Langkawai adalah salah satu tempat pelancongan yang popular di Malaysia. Pulau ini dikelilingi laut, jadi makanan di sini adalah kebanyakkannya seafood. Langkawi adalah salah satu tempat yang best untuk merasi makanan seafood yang segar.

Jika berkunjung ke Langkawi, anda mesti kena mencuba seafood yang best. Tetapi dimana nak mencubanya? Berikut adalah 13 tempat makan best seafood yang mempunyai rating tinggi di Google.

 

1. RESTORAN DESA PERMATA IKAN BAKAR – SEAFOOD

Kalau nak tahu, disini mereka ada menyediakan makanan tengah hari dan malam dengan banyak jenis makanan. Restoran ini sangat popular dengan makanan laut, terutamanya ikan. Masakan di restoran ini sangat sedap, berbaloi dan digemari oleh netizen di kawasan tersebut.

Menu seafood di sini adalah kebanyakkan ikan. Kalau nak tahu,ikan bakar adalah menu yang paling popular disini. Selain, itu ada juga seafood lain, seperti sotong, siput dan lain-lain. Di restoran ini adalah banyak jenis ikan. Masakan di restoran ini dikira dalam set.

Pelanggan boleh memilih ikan mengikut bajet dan kuantiti dihendaki untuk dimasak. Selain daripada ikan bakar, ada lagi banyak jenis masakan ikan, seperti gulai, stim dan sambal. Di restoran ini juga ada menu lain seperti penambah selera seperti petai bakar dan juga ada ulam sambal belacan.

Lokasi ini adalah Medan Selera Tmn Desa Permata No 5-6, Jln Air Hangat, Langkawi. Restoran ini dibuka pada hari Isnin hingga Ahad, pukul 3 petang sampai 12 tengah malam. Sebarang pertanyaan TEL: 019-567 8369.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dpiblgk/

 

2. RESTORAN NELAYAN LANGKAWI – SEAFOOD

Di restoran ini ada banyak jenis makanan seafood dan boleh bersantai bersama keluarga dan kawan kawan. Padangan dari restoran ini sangat indah, dapat melihat matahari terbenam. Seafood disini juga boleh dipilih dan segar.

Menu makanan di restoran ini adalah ikan, udang, sotong dan banyak jenis siput yang segar. pekerja kedai akan membuat timbangan dan catatan jenis lauk yang dipilih. Selain itu, ada masakan sayuran juga. Menu di sini adalah ikan bakar, sotong goreng tepung dan sebagainya.

Lokasi ini di sebelah jeti nelayan. Banyak bot nelayan berlabuh di kawasan ini. Lokasi tepat restoran ini adalah Jalan Bukit Malut, Langkawi 07000 Malaysia. Restoran ini dibuka pada hari Isnin hingga Ahad, pukul 5 petang sampai 12 tengah malam. Sebarang pertanyaan TEL: 012-437 2541.

BLOG WEBSITE PAGE: https://www.sharulnizam.com/2021/11/seafood-segar-di-restoran-nelayan-langkawi.html

 

3. KELIBANG SEAFOOD RESTAURANT – SEAFOOD

Restoran ini adalah restoran seafood. Masakan di sini sedap, berpuas hati dan harganya murah. Di restoran ini ada banyak jenis makanan. Makanan di restoran ini adalah dalam menu berpakej.

Disini, terdapat 3 jenis pakej makanan, iaitu pakej A, pakej B dan pakej C. Dalam setiap pakej ini kebanyakkan lauknya adalah yang sama, tetapi jenis lauknya mengikut kuantiti dan harganya.

Menu dalam set-set pakej Ikan Siakap, Tom yam, Sup Ayam, Sayur, Ayam Goreng Kunyit, Sotong tepong, Telur Dadar, Nasi dan Air, seperti Teh O Ais, Sirap Ais dan Oreng Ais.

Lokasi ini di Darters Club, Jalan Padang Matsirat. Lokasi tepat restoran ini adalah Jalan Kelibang, Kelibang, 07000 Langkawi, Kedah. Pada hari Selasa hingga Ahad, restoran ini dibuka dari pukul 6 pagi sampai 11:30 malam. Manakala, pada hari Isnin dibuka dari pukul 10 pagi hinnga 6 petang. Sebarang pertanyaan TEL: 012-476 9441.

 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pages/Kelibang-Seafood-Restaurant/

 

Share.

Leave A Reply