Gajah Liar Terbalikkan Lori | Tular rakaman video seekor gajah liar di daerah Tha Takiap di Chachoengsao di Thailand, yang ‘mengamuk’ di jalan raya.

Portal Thaiger melaporkan, insiden menakutkan itu berlaku di Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Khao Ang Rue Nai, dan sempat dirakam oleh sebuah keluarga yang berada di dalam kereta berhampiran dengan lokasi.

Insiden dipercayai berlaku apabila pemandu lori itu memandu di kawasan itu, namun dikejutkan dengan gajah yang tiba-tiba melintas jalan, hingga dia terpaksa memberhentikan kenderaan.

Keluarga yang menyaksikan kejadian berkata, haiwan itu kemudian menggunakan belalainya yang kuat untuk menolak lori berkenaan.

The Nation melaporkan bahawa gajah itu sangat lapar dan mencari makanan di dalam lori berkenaan.

Mujurlah, pemandu itu dapat melarikan diri tanpa cedera, dan pegawai perlindungan hidupan liar tiba dengan cepat untuk membantu keadaan.

Mereka dapat menghalau gajah itu dari kawasan itu dan mengeluarkan pemandu dari kenderaan yang terbalik dengan selamat.

Tao yang memandu kereta ketika isterinya merakam video berkata, gajah itu melintasi jalan ketika keluarganya dalam perjalanan ke Chon Buri.

Tao berkata bahawa dia tidak percaya seekor gajah liar menggunakan belalainya untuk menolak lori itu di tepi jalan.

Katanya yang mengakui bimbang jika gajah kembali dan menyerang kenderaan lain, semua orang di dalam kereta menjadi panik apabila kejadian itu berlaku, terutamanya anaknya.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Seorang Remaja 15 Tahun M4ut Akibat Dipijak Gajah

Seorang anak orang Asli lelaki berusia 15 tahun maut akibat dipijak gajah liar di Kampung Tual, Pos Senderut dekat sini pada kira kira jam 10 pagi semalam.

REMAJA orang Asli yang maut akibat dipijak gajah di Pos Senderut, Lipis. FOTO Ihsan PDRM.

Mangsa Andy Yok Manin, 15 diserang gajah berkenaan ketika berada di dalam kebun durian bersama ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, serangan gajah itu dipercayai bermula dari Kampung Regang yang kemudiannya dihalau oleh orang kampung lalu menghala ke kawasan kebun durian di mana mangsa berada.

May be an image of 4 people and people sitting

“Siasatan awal mendapati seorang lelaki asli meninggal dunia yang dipercayai punca kematian akibat diserang oleh gajah liar.

“Anggota Balai Polis Sungai Koyan bawa si mati ke unit forensik hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya

Sebelum ini kejadian yang sama turut berlaku di Kampung Simoi yang juga membabitkan kematian seorang wanita orang Asli akibat dipijak gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau pada 7 Disember tahun lalu.

May be an image of 1 person and indoor

Sumber : Harian Metro

 

Petugas Taman Hidupan Liar KK Sabah M4ut Diserang Gajah Pygmy

Seorang petugas Taman Hidupan Liar Lok Kawi, di sini, meninggal dunia selepas diserang gajah pygmy, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun yang sedang memberi rawatan kepada anak haiwan itu yang cedera di kandang pameran, cedera parah bahagian dada dan perut sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati mangsa sedang menjalankan rutin memberi makan dan membersihkan haiwan itu apabila tiba-tiba diserang seekor gajah dewasa ketika dia sedang memberi rawatan kepada anak gajah yang cedera.

“Akibat serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.

Mohd Haris berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin yang dihubungi, berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada jabatan berkaitan berhubung insiden berkenaan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga, pula memaklumkan kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

“Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan ketika ini,” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply