Mayat wanita yang dihanyutkan arus banjir bersama kenderaannya Kilometer 28 Jalan Nitar Kahang di sini berjaya dijumpai kira-kira 15 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Endau, Mohd Alias Hussin berkata, kereta dipandu mangsa yang dikenali sebagai Tansharon, 23 berjaya dijumpai oleh pasukan penyelamat di air (PPDA) pada pukul 6.55 petang semalam.

“Kereta mangsa berjaya dibawa keluar dengan peralatan Vehicle Rockery System (VRS) dan mayat mangsa ditemui di dalam kereta pada pukul 10.19 malam. Mangsa kemudian telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Seorang wanita berusia 24 tahun ditemui lemas di dalam Perodua Myvi dipandunya kira-kira 15 meter dari lokasi asal mangsa dihanyutkan arus banjir di Jalan Nitar Utama, di Mersing Johor. - Foto ihsan Bomba

Terdahulu, seorang wanita disyaki hilang selepas kereta dipandu dihanyutkan arus banjir di Kilometer 28 Jalan Nitar Kahang, Mersing semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan penemuan mayat wanita berkenaan dipercayai merupakan pemandu Perodua Myvi yang dilaporkan hilang.

 Mayat wanita itu dipercayai pemandu Perodua Myvi yang dilaporkan hilang pagi tadi.

Katanya, kereta mangsa ditemui tenggelam di tepi jalan berhampiran Kilometer 28, Jalan Nitar-Kahang, Mersing dimana mayat mangsa ketika ditemui masih berada di dalam kereta.

Sumber : Kosmo

 

ARTIKEL YANG BERKAITAN

Wanita Pandu Kereta Myvi Hilang Dihanyut Arus Banjir

MERSING – Seorang wanita disyaki hilang selepas kereta dipandu dihanyutkan arus banjir di Kilometer 28 Jalan Nitar- Kahang, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Endau, Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 6.49 pagi menyatakan terdapat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati tiada tanda-tanda mangsa berada di lokasi. PKO bertindak membuat pencarian di sekitar kawasan Felda Nitar 1 dan Felda Nitar 2.

“Pada pukul 1.50 petang usaha pencarian diteruskan di lokasi Felda Nitar 2 dimana mangsa dipercayai telah terbabas ke tebing jalan. Paras air di atas jalan raya kira-kira empat kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mersing mengesahkan kejadian melibatkan wanita warga tempatan berusia 23 tahun.

“Mangsa dikatakan memandu sebuah kereta perodua Myvi dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang. Wanita itu dipercayai telah memandu kenderaannya di jalan raya yang telah dinaiki air banjir dan dihanyutkan arus bersama-sama kenderaan yang dipandunya.

“Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diatur gerak sejak pukul 11 pagi sebaik maklumat diterima dari MERS 999 dan operasi ini melibatkan 27 orang pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Endau dan Mersing,” katanya.

Katanya, sebanyak tiga buah bot kecil digunakan dalam SAR yang turut melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air, (PPDA) JBPM Skudai, Johor.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply