Author: Anis Fadila

Dua beradik terbunuh selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 91.6 Jalan Johor Bahru – Batu Pahat dekat Tampok, Benut, di sini tengah hari kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, penunggang motosikal, Siti Al Adawiyah Alili, 27, dan Masitah Abdullah, 18, meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, melibatkan tiga buah kenderaan iaitu dua dari arah Batu Pahat (kereta dan lori) manakala motosikal dari arah Pontian ke Batu Pahat. “Hasil siasatan awal mendapati, kereta yang datang dari arah Batu Pahat cuba memotong lori yang…

Read More

Seorang bilal musala (surau) tabligh di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil meninggal dunia sebelum sempat melaungkan azan Subuh pada Isnin lalu. Dalam kejadian jam 6 pagi itu, Izar Hamid, 70-an, yang juga warga emas dikatakan rebah di tangga ketika ingin masuk ke dalam surau berkenaan. Ketua Kampung Jenderam Hulu, Muslimin Manaf, 50, berkata beliau dimaklumkan penduduk pada jam 7 pagi berkenaan kejadian itu dan menghubungi Pejabat Kesihatan (KKM) dan polis. Muslimin berkata, arwah tinggal bersendirian menyewa sebuah rumah berhampiran surau itu selepas berpisah dengan isteri sejak tiga tahun lalu. Menurutnya, kira-kira seminggu lalu dia baharu sahaja mendaftarkan arwah dengan Pusat Zakat…

Read More

Dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, semalam. Dalam kejadian terbabit, penunggang motosikal yang dikenali Mimi Nurwaheeda, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal, Nur Nabila ,19, beralamat Subang Jaya, Selangor, meninggal dunia di Hospital Slim River. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan terbabit jam 11.18 semalam. Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati ketika kemalangan, kedua-dua mangsa menaiki Yamaha Lagenda 115Z dan dipercayai dalam perjalanan dari Ulu Bernam ke Slim River. “Tiba…

Read More

Pesara kerajaan kerugian RM46,000 apabila kad yang tersangkut di mesin juruwang automatik (ATM) ditukar individu yang kononnya membantu mengeluarkan kad itu. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa, 62, mengatakan kad ATM miliknya ditukar dan digunakan oleh individu tidak dikenali, Isnin lalu. Menurut mangsa katanya, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi Sabtu lalu, apabila mangsa cuba untuk keluarkan wang daripada ATM di bank di Banting dan kad itu tersangkut. “Seorang individu lelaki yang tidak dikenali kebetulan berada di tempat itu membantu mangsa untuk mengeluarkan kad dan berjaya. “Kad ATM itu…

Read More

Sungai Petani : Seorang penuntut sebuah pusat latihan teknologi tinggi di Terengganu meninggal dunia selepas motosikal Honda RS150 ditunggang merempuh belakang lori di Kilometer 103.4, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di sini, jam 5.30 petang semalam. Mangsa, Mohamad Farhan Azhar, 22, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di kepala. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati, lori Rigid Daihatsu terbabit dan motosikal berkenaan bergerak dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara menghala ke Plaza Tol Sungai Petani Selatan. “Lori yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu bergerak di lorong kiri manakala motosikal berkenaan…

Read More

Seorang wanita kurang upaya ditemukan rentung dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Parit Haji Elias, Ayer Baloi, tengah hari kelmarin. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib, mangsa,  Fauzianah Mad Ismail, 48, melecur pada bahagian badan. Pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai mengenai kebakaran itu yang dipercayai  bermula dari bahagian dapur rumah berkenaan. “Namun, punca kejadian masih disiasat oleh Bahagian Forensik, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Mohammad Shofee berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya dan menasihatkan orang ramai yang mempunyai ahli keluarga…

Read More

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang selepas keracunan makanan akibat makan ikan buntal. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, wanita berusia 83, dan suaminya 84, membeli ikan itu melalui platform media sosial dan menerima barangan itu pada 25 Mac lalu. “Mereka membersihkan dan memasak ikan buntal itu untuk makan tengah hari sekitar pukul 3 petang, namun mangsa wanita mula mengalami kesukaran bernafas dan menggigil. Kira-kira sejam kemudian, suaminya mula menunjukkan simptom yang sama. “Anak lelaki mereka, yang…

Read More

BATU PAHAT: Tindakan seorang lelaki dan rakannya yang cuba melarikan diri selepas mencuri  telefon bimbit milik pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) bertukar tragedi semalam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang di Jalan Parit Jalil, dekat sini, mangsa berusia 43 tahun dan rakannya berumur 39 tahun yang memandu kereta Proton Wira dikejar oleh pemandu Mazda CX5 yang diragut mereka sebelum itu. “Sebaik sampai di lokasi kejadian, lelaki yang memandu Mazda CX5 berusia 31 tahun hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang kereta Proton Wira yang dikejarnya. “Akibat pelanggaran itu, pemandu kereta Proton…

Read More

Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mengelar emak dan adik kandungnya dengan pisau pemotong daging. Tertuduh, Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada ibunya, Sapiah Abdul Kadir, 49, dengan menggunakan pisau pemotong daging. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan BLI, Taman Bukit Larang Indah, dekat sini, kira-kira jam 10 malam, 10 Mac lalu. Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Hidayat didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap adiknya, Noor Iman…

Read More

BACHOK: Sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak terbakar di Kampung Beris Lalang di sini, petang kelmarin. Kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu tidak melibatkan sebarang nyawa. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Zamizi Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.22 petang. Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Tok Bali (Pasir Puteh) dan Kota Bharu telah dikejarkan ke lokasi untuk kerja-kerja memadam kebakaran serta menyelamat. “Setiba di lokasi kejadian, kami dapati sebuah lori tangki yang membawa minyak sedang terbakar 100 peratus. “Pada masa sama, kebakaran tersebut turut melibatkan…

Read More