Seorang Lelaki Belasah Dan Cekik Isteri Gara-Gara Tak Beritahu Bawa Anak Pergi Klinik | AMPANG – Berang isteri tidak memaklumkan untuk membawa anak mendapatkan rawatan di klinik, seorang lelaki tergamak membelasah isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Tasik Tambahan di sini, pada Khamis.
Isteri Tak bawa Anak Dapatkan Rawatan
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pertengkaran antara suspek dan mangsa warga Myanmar itu berlaku kira-kira jam 2 petang ketika berada di rumah.
“Suspek dipercayai berang kerana mangsa tidak memaklumkan kepadanya kerana membawa anak mereka mendapatkan rawatan.
“Suspek kemudian bertindak agresif dengan mencekik leher dan menumbuk kepala serta badan mangsa mengakibatkan mangsa sakit di seluruh badan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, susulan kejadian tersebut, suspek yang juga warga Myanmar berumur 41 tahun diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Jumaat.
“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian air kencing didapati negatif dadah.
Cedera Bahagian Pipi, Atas Dahi, Lengan Dan Leher
“Hasil pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi sebelah kiri, atas dahi, lengan tangan sebelah kiri dan bahagian leher,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati suspek dan mangsa masing-masing merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Sumber : SH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
2 Lelaki Tergamak Pukul Anjing Slps Dilanggar Motosikal Hingga Mati
2 Lelaki Tergamak Pukul Anjing Slps Dilanggar Motosikal Hingga Mati | DUA orang lelaki tergamak memukul seekor anjing selepas dilanggar motosikal di Jalan Kampung, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu.
Pukul guna batang kayu
Video kejadian yang berlaku pada pukul 8.38 malam itu dimuat naik menerusi satu ciapan di akaun Twitter milik @syhmiee memaparkan dua lelaki terbabit bertindak memukul anjing tersebut menggunakan batang kayu.
“Mungkin kaki anjing itu patah dan ia lari menyorok dalam longkang.
“Mereka cari anjing itu sampai dapat dan pukul sampai mati. Kejam betul,” ciapnya pada Sabtu.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kecewa dengan tindakan kejam dua individu terbabit yang menyeksa haiwan tidak berdosa itu, selain meminta mereka diambil tindakan sewajarnya kerana berlaku kejam terhadap binatang tersebut.
“Tiada perasaan kasihan langsung. Apa salah anjing itu? Curi beras kamukah? Gotong-royong lagi mahu bunuh (anjing itu),” ciap @olgaandyd.
Menerusi ciapan tersebut, difahamkan anjing tersebut dilanggar motosikal berkenaan ketika ia melintas jalan di kawasan tersebut yang agak gelap dan suram.
“Mohon sesiapa yang jadi saksi buat laporan polis semoga si pelaku ini semua diangkut (ditangkap), didakwa dan merempat dalam penjara,” ciap @____ExSolja____.
Setakat ini berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan daripada polis berhubung insiden terbabit.
Sumber: KMN
BACA JUGA :
Lelaki Myanmar Bunuh Rakan Kerana Cemburu Rapat Dgn Majikan
Lelaki Myanmar Bunuh Rakan Kerana Cemburu Rapat Dgn Majikan | KLUANG – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki membunuh rakannya di ladang buah-buahan di Jalan Renggam – Kluang, semalam.