Dua Mayat Lelaki Ditemui Dibungkus Dengan Kanvas Dan Dibuang Seperti Sampah | MELAKA: Dah macam sampah. Itu antara telahan awal rata-rata saksi penemuan dua mayat lelaki bertatu di kawasan semak tempat pembuangan sampah di tepi Jalan Kampung Ujong Padang, Cheng di sini pagi tadi.

mayat dibungkus kanvas

Mayat Dibungkus Dengan Kanvas Dan Dibuang Seperti Sampah

Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh dua hingga tiga hari lalu di satu kawasan lain sebelum mayat mereka dibungkus dengan kanvas dan dibuang di situ.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit kedua-dua mayat itu ditemui pekerja lori penghantar barangan runcit berusia 35 tahun ketika melalui tempat kejadian itu sekitar jam 9 pagi sebelum memeriksa dua bungkusan kanvas yang kelihatan pelik.

Dia yang terkejut dengan penemuan itu kemudian segera menghubungi pihak polis.

Kawasan berkenaan terletak berhampiran kawasan perkuburan Kristian.

“Hasil siasatan awal mendapati tubuh pertama berada dalam kanvas yang diikat dengan kabel tie dan tali serta lengkap berpakaian kemeja-T hitam dan berseluar jean pendek. Mayat kedua dijumpai dalam kanvas bersebelahan tubuh pertama dan pemeriksaan lanjut tubuh ini tidak berpakaian dan hanya berseluar jean pendek,” kata Christopher.

Tiada Dokumen Pengenalan Diri

Pemeriksaan lanjut di sekeliling kawasan tubuh dijumpai terdapat timbunan sampah namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-dua mayat lelaki terbabit.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti sebenar si mati dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pemeriksaan turut menemui kesan tatu dicacah pada tubuh kedua-dua mayat, namun pihaknya masih mengenal pastinya berikutan coraknya tidak begitu jelas.

Sumber : BuletinTV3

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Mayat Lelaki Kena Ikat Dan Berbungkus Plastik Dijumpai Dalam But Kereta

Mayat Lelaki Kena Ikat Dan Berbungkus Plastik Dijumpai Dalam But Kereta  | SHAH ALAM – Seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya dijumpai di dalam but kereta di Taman Sri Orkid, Seksyen 30 di sini pada Selasa.

mayat dalam but

Bau Busuk Daripada Kereta

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, penemuan mayat mangsa disedari orang awam pada jam 3.25 petang selepas terhidu bau busuk pada kereta jenis Honda City yang ditinggalkan kira-kira dua hingga tiga hari lalu.

Menurutnya, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terikat dan berbungkus plastik.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun.

“Semakan juga mendapati kereta itu didaftarkan atas nama mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Disyaki Kes Cemburu

Susulan itu, Ramsay menegaskan, pihaknya telah memberkas tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 40-an pada hari yang sama berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 7 petang.

“Disyaki punca pembunuhan itu berkait dengan cemburu, bagaimanapun siasatan masih dijalankan,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua suspek kini direman enam hari bermula Rabu untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.”Sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025,” katanya.

 

BACA JUGA :

Mayat Lelaki Ditemui Terdampar Dalam Parit

Mayat Lelaki Ditemui Terdampar Dalam Parit | Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan parit berhampiran Dewan Persatuan Penduduk Teluk Bunut, Banting di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8.59 pagi.

Mayat Terdampar Dalam Parit

“Setibanya di lokasi, mayat seorang lelaki ditemui terdampar di dalam parit berkedalaman hampir satu meter tersebut.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai berusia lingkungan 40-an dan identiti sebenar belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mayat itu kemudian berjaya dibawa naik dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply