Seorang Buruh Kampung Maut Kena Rempuh Tren Kereta Api | PASIR MAS: Seorang buruh kampung maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur selepas dirempuh tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kampung Tanjung, Bunut Susu di sini hari ini.
Kepala hancur Dan Tangan Luka
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Mohammad Aqil Irfan Hizuan, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, tangan dan kaki.
Bapa mangsa, Hizuan Jusoh, 52, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak ketiga daripada lima beradik itu selepas dimaklumkan oleh adik iparnya, Aiman Abd. Rashid, 20, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, dia pada awalnya melihat keadaan kaki anaknya berlumuran dadah dan sempat memapahnya keluar dari landasan kereta api.
“Saya kemudiannya terkejut apabila mendapati kepala Mohammad Aqil Irfan hancur akibat digilis kereta api manakala tangannya pula luka.
Tiada Masalah Kesihatan
“Pakaiannya ketika itu juga sedikit basah dan sejuk seperti kesan embun. Saya tidak tahu motif dia pergi ke kawasan landasan kereta api itu pada waktu pagi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Hizuan memberitahu, kali terakhir dia menemui anaknya itu pada pagi kelmarin ketika mangsa pulang ke rumah untuk bertemu abangnya, Mohammad Zuhairi, 28, yang akan berangkat ke Johor hari ini selepas bercuti sempena Hari Raya Aidiladha.
Katanya, Mohammad Aqil Irfan tinggal di rumah neneknya yang terletak kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian sejak dia berusia 15 tahun.
“Semasa dia pulang ke rumah, saya tidak sempat berbual panjang dengannya. Saya lihat dia sihat dan ceria sama seperti sebelum ini malah tiada sebarang tanda menunjukkan dia mengalami masalah kesihatan.
“Saya difahamkan, Mohammad Aqil Irfan ada menghantar WhatsApp dan meminta maaf kepada abangnya kerana tidak sempat bersua muka sebelum bertolak ke Johor,” katanya.
Hizuan berkata, Aiman yang menyedari Mohammad Aqil maut dirempuh kereta api selepas dimaklumkan oleh pihak KTMB bahawa kereta api terbabit seperti merempuh objek di tengah-tengah landasan.
Menurutnya, adik iparnya itu terus bergegas ke lokasi kejadian sebelum melihat kaki Mohammad Aqil Irfan berada di tepi landasan.
Tambahnya, mayat anaknya itu dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamad, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Tubuh Berkecai, Seorang Lelaki Maut Dirempuh Tren Ekspres
Tubuh Berkecai, Seorang Lelaki Maut Dirempuh Tren Ekspres| Tubuh lelaki berkecai selepas dirempuh tren ekspres di Kampung Palekbang di sini, tengah hari tadi.
Tidur Atas Landasan
Mangsa dikatakan tidur di atas landasan kereta api sebelum dirempuh tren ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi.
Menurut saksi, Osman Mohd Yusof, 57, berkata, dia yang sedang minum di kedai kopi berhampiran terdengar bunyi hon kereta api yang sangat kuat dan terkejut apabila tren itu berhenti secara mengejut.
“Saya terus menunggang motosikal menuju ke lokasi kereta api itu berhenti dan ternampak pemandunya turun dari gerabak dan saya bertanyakan apa yang berlaku.
“Pemandu itu memberitahu dia terlanggar seseorang dan saya segera menuju ke lokasi kira-kira 300 meter dari tren itu untuk melihat keadaan mangsa.
Tubuh Berkecai Dan Cebisan Daging Merata
“Sebaik tiba di lokasi, saya sangat terkejut melihat tubuh mangsa yang berkecai yang mana tubuh serta kepala lelaki itu terpisah malah cebisan daging kelihatan di merata-rata,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Osman berkata, dia juga ternampak pakaian termasuk kain pelikat yang dipercayai dipakai mangsa tertanggal akibat rempuhan kuat itu.
Katanya lagi, selepas itu dia bersama pemandu tren ke Balai Polis Palekbang untuk membuat laporan.
“Keadaan mangsa sangat mengerikan dan saya difahamkan sebahagian lagi anggota badannya terlekat di kepala tren dan dikutip pihak berkuasa di Stesen Keretapi Tumpat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Sumber : KMN