Author: Daachayani Arul Sekaran

Warga Emas [email protected] Langgar Lampu Isyarat | Seorang warga emas berusia 85 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu isyarat, dalam kejadian di Jalan Kota Syahbandar, semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nahas berlaku kira-kira pukul 4.50 petang ketika mangsa, Tho Chye Sin yang datang dari arah Kota Laksamana sedang dalam perjalanan menuju ke kedai makan. Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar lampu isyarat di sebelah kiri jalan berhadapan sebuah hotel. Akibat kesan terbabas sendiri menyebabkan mangsa maut…

Read More

17 Terbvnuh, 25 Cedera Bas Rempuh Pagar Lebuh Raya Di Bangladesh | Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan lebih 25 cedera di Bangladesh selepas sebuah bas merempuh pagar lebuh raya dan terjunam ke dalam parit di tepi jalan. Polis berkata, mereka mengesyaki pemandu hilang kawalan pada pukul 8:00 pagi waktu tempatan dan melanggar pagar lebuh raya utama yang baharu dibina, menyebabkan bas itu terhumban 10 meter ke dalam parit. Ketua Polis tempatan, Masud Alam berkata kepada AFP selepas nahas di daerah selatan Shibchar bahawa seramai 17 orang maut dalam kemalangan itu. Mereka yang cedera dihantar ke hospital di wilayah itu. Kemalangan…

Read More

Selepas 6 Tahun, Lelaki Terkejut Isteri Dikahwininya Itu Adalah Kakak Kandungnya. | Dunia seorang lelaki jadi gelap seketika apabila mengetahui hakikat isteri dikahwininya sejak enam tahun lalu adalah kakak kandungnya. India Times melaporkan, kebenaran itu terbongkar selepas lelaki berkenaan menjalani ujian bagi menentukan sama ada dia layak mendermakan buah pinggang kepada ‘isterinya’ atau sebaliknya. Lelaki itu mendakwa dia tidak tahu lebih awal selepas diambil sebagai anak angkat selepas dilahirkan dan tiada maklumat mengenai siapa ibu bapa kandungnya. Lelaki itu berkata bahawa sejurus selepas anak mereka dilahirkan, isterinya jatuh sakit dan perlu menjalani prosedur pemindahan buah pinggang. Mereka cuba berikhtiar mencari…

Read More

Lelaki [email protected] Selepas Bergaduh Dengan Kekasih Isteri | Tragisnya kisah cinta tiga segi apabila seorang lelaki maut selepas bergaduh dengan kekasih gelap isterinya di hadapan balai polis di wilayah Nonthaburi pada malam Rabu. Portal Thaiger melaporkan, mangsa yang berusia 41 tahun bernama Suwat membawa isterinya, Bee, 30, dan orang ketiga, Wichai Phatyen, 35, ke Balai Polis Bang Mae Nang di Nonthaburi pada petang 15 Mac untuk menyelesaikan masalah hubungan mereka. Seorang pegawai memberikan beberapa cadangan kepada ketiga-tiga mereka untuk berdamai malangnya nasihat itu gagal menyelesaikan keadaan. Sebaliknya, Suwat dan Wichai bertengkar di hadapan balai polis dan pergaduhan semakin teruk apabila…

Read More

Lima Sekeluarga Ditemui [email protected] Di Rumah | Polis Korea Selatan melancarkan siasatan pada Sabtu selepas lima sekeluarga ditemui mati di dalam rumah mereka di Incheon. Polis menerima laporan pada 10.37 pagi bahawa terdapat orang awam terbaring tidak bergerak di sebuah apartmen di Wad Michuhol di bandar itu, 27 kilometer ke barat Seoul, agensi berita Yonhap memetik Balai Polis Michuhol. Si mati dikenal pasti sebagai ibu bapa dan anak, dan pertama kali ditemui oleh seorang saudara yang melawat rumah itu, menurut sumber. Polis berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu berdasarkan kenyataan saksi. Sumber: Harian Metro Artikel Lain Lagi Kes Bunuh…

Read More

12 Terbvnuh Dalam Gempa Bumi Di Ecuador | Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat yang menggegarkan wilayah pantai Ecuador dan utara Peru tengah hari Sabtu, menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa rumah, sekolah dan pusat perubatan. Kata Presiden Ecuador Guillermo Lasso dalam tweet bahawa pasukan kecemasan bergerak untuk menawarkan semua sokongan mereka kepada mereka yang telah terjejas. Gempa itu, yang diukur Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada magnitud 6.8, melanda pada kedalaman 66.4 km kira-kira 10 kilometer dari bandar Balao di wilayah Guayas. Gempa bumi nampaknya tidak menyebabkan tsunami, kata pihak berkuasa. Agensi komunikasi presiden berkata gempa itu menyebabkan…

Read More

SPRM: kes Kutip Wang Perlindungan Nelayan, 3 Ditahan | Tiga individu termasuk dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis bagi membantu siasatan berhubung meminta suapan rasuah sebagai perlindungan kepada bot nelayan di perairan Perlis. Suspek ditahan di tiga lokasi berbeza di Kangar, Sandakan dan Kota Kinabalu di mana dua suspek anggota APMM itu pernah bertugas di Zon Maritim Langkawi sebelum ditukarkan ke Sabah pada Februari lalu. Dalam perkembangan sama, salah seorang suspek yang ditahan yang juga seorang pengurus syarikat perikanan di Kuala Kedah direman sehingga esok. Sumber SPRM berkata, suspek berusia 37…

Read More

Pelatih Guru Meninggal Dunia Akibat Renjatan Elektrik | Jenazah pelatih guru yang meninggal dunia akibat renjatan elektrik di Segamat, Johor, selamat tiba di Kota Kinabalu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Brunei di Membakut, pada Selasa. Jenazah Saiful Asyraf Mukhtar Saiful Khair, 21, tiba di pekarangan Maskargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 11 pagi disambut ahli keluarganya termasuk bapa serta neneknya. Bapanya, Saiful Khair Mohd Sampon, 47, ketika ditemui pemberita mengakui harapan untuk melihat anak sulungnya itu menjadi guru tidak kesampaian. Bapanya berkata, memang rasa kehilangan, bukan dia saja tetapi seluruh ahli keluarga dan rakan yang mengenalinya.…

Read More

Diculik Di Washington, Jumpa Di Mexico | Kanak-kanak yang diculik di pusat beli-belah di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada 2018, ditemukan dalam keadaan hidup dan sihat di Mexico. Perkara itu disahkan Pegawai Penyiasatan Persekutuan (FBI), Richard A Collodi yang bertanggungjawab mengendalikan kes itu. Menurut Collodi, Aranza Maria Ochoa Lopez berusia empat tahun ketika kali terakhir dilihat dalam lawatan diawasi bersama ibu kandungnya di pusat beli-belah di Vancouver, Washington. Katanya, ibu Aranza ditahan pada 2019 di Puebla, Mexico, tetapi anak muda itu, yang kini berusia lapan tahun, dilaporkan hilang sehingga dia ditemukan di Michoacan, Mexico, pada Februari lalu, dan kini dikembalikan ke…

Read More

Budak Tiga Tahun Tertembak [email protected] Kakak | Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Amerika Syarikat (AS) secara tidak sengaja membunuh kakaknya dengan pistol. Syerif Harris County, Ed Gonzalez mengesahkan, kanak-kanak itu tidak sengaja menembak kakaknya berusia empat tahun. Katanya, lima orang dewasa termasuk ibu bapa mereka berada di dalam rumah ketika kejadian yang berlaku di Houston, Texas, Ahad lalu. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu mencapai pistol separa automatik dan tertembak kakaknya. Katanya, apabila ahli keluarga mendengar bunyi tembakan, mereka berlari ke dalam bilik tidur dan mendapati kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu berada di atas lantai dengan tidak bertindak balas.…

Read More