Jari Kelingking Bayi 7 Bulan Terpotong Disebabkan Kecuaian | Malang nasib seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia apabila jari kelingkingnya terputus ketika kakitangan hospital sedang menggantikan tiub ‘Intravenous (IV) cannula’ yang dikatakan tersumbat.

Tribunnews melaporkan, insiden itu berlaku di Hospital Muhammadiyah Palembang pada 3 Februari lalu ketika bayi berkenaan sedang dirawat akibat demam

Akibat tidak berpuas hati dengan kecuaian kakitangan, Suparman, 37, iaitu bapa bayi berkenaan membuat laporan di balai polis Palembang sehari selepas kejadian iaitu pada 4 Februari lalu.

Menurut Suparman, dia dan isteri, Sri Wahyuni membawa anak mereka ke hospital swasta di Palembang namun berlaku perkara tidak diinginkan.

Kakitangan itu hendak menggantikan tiub IV anak yang dikatakan tersumbat.

Suparman berkata selepas membuat laporan polis bahawa mereka diberitahu boleh tanggalkan balutan seperti biasa tapi jururawat itu tergopoh-gapah hingga terpotong jari kelingking anaknya.

Bayi perempuan itu sudah dipindahkan di ruang kenamaan (VIP) untuk dibedah supaya lukanya tidak serius dan Suparman memohon pihak hospital bertanggungjawab.

Sementara itu, wakil Pengarah Hospital Muhammadiyah Palembang mengesahkan insiden itu dan akan bertanggungjawab dengan menjalankan pembedahan mengambil masa satu jam 30 minit.

Pesakit dipantau tiga kali dalam tempoh 24 jam oleh kakitangan dan jika ada masalah perlu berhubung terus dengan doktor.

Katanya, keadaan bayi baik dan dalam keadaan stabil.

Menurut Muksin, kakitangan itu juga sudah digantung tugas dan tidak dibenarkan merawat pesakit.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Kerana Kecuaian, Bapa Bayi 3 Bulan Yang Meninggal Dunia Didenda RM10,000

Seorang bapa dihukum denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan kematian bayinya berusia tiga bulan pada awal bulan lalu.

Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Amirul Hakim Muhamad Fadzil, 27, selepas mengambil kira pengakuan bersalah oleh tertuduh pada prosiding terdahulu.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjarakan enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu dan dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin tanpa cagaran RM5,000, selain diperintah menjalani khidmat masyarakat 120 jam bermula hari ini.

Amirul Hakim mengaku bersalah atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian bayi lelakinya akibat kecederaan pada kepala di sebuah rumah di Flat Sri Langkawi, Gombak, di sini pada jam 4.15 petang 3 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, kira-kira jam 3 petang 15 November 2022, tertuduh dikatakan sedang solat sebelum buaian mangsa putus menyebabkan bayi itu terhempas ke lantai.

Tertuduh dikatakan membawa anaknya itu ke hospital dan mangsa disahkan patah paha kanan serta diberi ubat demam, sebelum dia membawa bayi terbabit untuk urut.

Selepas kejadian itu, mangsa diserang sawan dua kali, iaitu pada 30 November 2022 dan 3 Januari lalu.

Ketika tertuduh berlari untuk membawa mangsa ke klinik pada jam 4.20 petang 3 Januari, kepala mangsa dikatakan terkena bingkai kayu pintu hadapan rumah secara tidak sengaja dan setiba di klinik, doktor mengesahkan mangsa kebiruan serta perlu segera dirujuk ke hospital.

Mangsa dibawa ke Hospital Tunku Azizah, Cheras, dengan menggunakan ambulans sebelum dimasukkan ke Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU) dan disahkan mengalami patah tulang selangka kanan, selain mempunyai kesan gigitan pada pipi. Mangsa meninggal dunia pada jam 6.22 petang hari sama.

Sumber : BH

 

Share.

Leave A Reply