Selepas Gempa Bumi Teruk Di Syria, Israel Bertindak Kejam Lancar Serangan Udara Pula | Israel melancarkan serangan udara ke atas Syria dengan mensasarkan kawasan perumahan di tengah Damsyik awal Ahad, lapor berita negara Syria.

Letupan kuat kedengaran di ibu negara kira-kira 12.30 tengah malam waktu tempatan dan agensi berita rasmi, SANA melaporkan, pertahanan udara Syria ‘berdepan sasaran musuh di ruang udara Damsyik’.

Agensi berita itu yang memetik sumber pihak tentera berkata, lima terbunuh termasuk seorang tentera dan 15 orang awam cedera, selain bangunan kediaman musnah.

The Syrian Observatory for Human Rights, pemantau perang berpangkalan di UK melaporkan 15 termasuk wanita terbunuh dalam serangan yang mensasarkan lokasi dikaitkan dengan militan Iran dan kumpulan militan Lubnan, Hizbullah di kawasan luar bandar Damsyrik dan sebuah sekolah Iran di kejiranan Kafr Sousa di ibu negara.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan daripada Israel berhubung serangan itu.

Serangan udara dilakukan Israel kerap mensasarkan lokasi di sekitar Damsyik.

Serangan pada Sabtu adalah yang pertama sejak gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 melanda Turki dan Syria pada 6 Februari.

Serangan terakhir yang dilaporkan ke atas Damsyik adalah pada 2 Januari, apabila tentera Syria melaporkan tentera Israel melepaskan peluru berpandu ke arah lapangan terbang antarabangsa ibu negara Syria pada awal Isnin.

Serangan itu menyebabkan operasi lapangan terbang tergendala, selain membunuh dua tentera dan mencederakan dua yang lain.

Israel sudah melakukan beratus-ratus serangan ke atas sasaran di dalam kawasan yang dikawal kerajaan di Syria sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi jarang mengakui atau membincangkan operasi itu.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria

Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria | Sekurang-kurangnya dilaporkan 13 anggota tentera Syria terbunuh dalam satu serangan bom di tepi jalan, ketika bas mereka melintasi jambatan di pusat Damsyik pada waktu awal pagi hari Rabu, menurut media tempatan, baru-baru ini.

Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria

Menerusi laporan Reuters, dikatakan bahawa stesen tv Kerajaan Syria telahpun menyiarakan beberapa gambar yang diperoleh menerusi akaun telegram berkenaan gambar dari kabin bas yang hangus, dan pekerja penyelamat dapat dilihat mengeluarkan bahagian badannya. Saluran itu melaporkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan tiga cedera.

Difahamkan, dua alat letupan meletus ketika bas berada di jambatan Hafez al-Assad dan diikuti dengan tambahan dari alat ketiga yang berjaya dilucutkan oleh unit kejuruteraan tentera dalam apa yang dikatakan pegawai sebagai letupan “pengganas”.

Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria

Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria

Terdahulu, tahun ini terdapat beberapa serangan terhadap kenderaan tentera di Syria timur oleh suspek militan Negara Islam yang masih beroperasi di kawasan padang pasir yang luas.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turt mengatakan sekurang-kurangnya 350,000 orang terbunuh dalam perang saudara yang bermula sedekad yang lalu.

Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria

Letupan di Damsyik jarang terjadi sejak pasukan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad menguasai wilayah pemberontak di sekitar kota. Mereka dibantu oleh kehadiran tentera Rusia dan militan Syiah Iran, dimana Assad kini menguasai sebahagian besar negara itu.

Sumber: Reuters

Share.

Leave A Reply