LANGKAWI – Seorang pelajar jurusan kejuruteraan penerbangan dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak kuat ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai, Muhammad Fahmi Hafizi Zulkifli, 20, dari Langgar, Alor Setar dekat sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.20 malam semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dan beberapa rakan sedang berenang di Pantai Tanjung Rhu sebelum lemas.

“Mangsa cuba diselamatkan oleh rakan dan pelancong yang berada berhampiran, tetapi gagal kerana alun yang kuat,” katanya di sini, hari ini.

Kata beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan 57 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Operasi SAR yang diaktifkan selepas kejadian ditangguhkan pada pukul 12 tengah malam tadi (semalam) dan disambung pagi ini,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa baru sahaja dua minggu berada di pulau peranginan ini bagi menjalani latihan praktikal.

Sumber: Kosmo

 

 

Baca Juga: Lelaki M4ut Selepas Lemas Bot Dinaiki Terbalik

Jitra: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas bot yang dinaiki bersama dua rakannya terbalik di Sungai Tandop, Taman Osman Aroff, di sini hari ini.

Mangsa, Hussain Hassan, 49, ditemui lemas sekitar jam 4 petang oleh sepasukan anggota Bomba yang melakukan pencarian di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, ketika kejadian dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang sehingga ke tebing.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka adalah kontraktor yang dilantik oleh syarikat utiliti untuk melakukan kerja pemasangan kabel di permukaan sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu melalui panggilan MERS 999 berhubung seorang lelaki terjatuh ke dalam sungai dan dikhuatiri lemas pada jam 3.20 petang.

Beliau berkata, Ketua Polis Balai Jitra, Asisten Superintendan Abi Suhaimi Ali bersama pasukannya pergi ke lokasi kejadian dan mendapati pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra sedang melakukan pencarian mangsa di sekitar lokasi kejadian.

“Ketika operasi pencarian dilakukan, pihak bomba berjaya menemui mangsa di dalam sungai berkenaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Mangsa kemudian dibawa naik ke darat untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata, hasil temubual dari rakan mangsa memaklumkan, mangsa dan dua rakannya ketika itu sedang melakukan kerja pemasangan kabel elektrik di permukaan sungai sebelum bot yang dinaiki mereka terbalik disebabkan oleh arus sungai yang deras.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra (HJ) untuk proses bedah siasat.

“Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya.

Rodzi berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply