Warga Emas Kena ‘Scam’ Dan Rugi RM2,000, Buang Hantu Dalam Badan | Seorang wanita warga emas mendakwa dirinya dipukau dan ditipu sebanyak RM2000 oleh beberapa orang individu yang kononnya boleh membuang hantu dalam badan wanita tersebut. Kejadian yang berlaku di Pasar Lama Bahau, Negeri Sembilan itu menyaksikan wanita warga emas tersebut telah didatangi oleh tiga individu wanita yang tidak dikenali dengan memberitahunya bahawa ada makhkuk halus sedang mengikutinya. Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata pada awalnya semua suspek tidak meminta sebarang bayaran kepada mangsa setelah mendakwa boleh membuang hantu di dalam badan mangsa. Mangsa kemudian bersetuju…
Author: Daachayani Arul Sekaran
Abang Kepada Penyanyi Stacy Anam Meninggal Dunia | Abang kepada penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq, 35, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak jam 4.30 pagi, hari ini. Menerusi laporan Harian Metro, Chaq yang juga bekas peserta Mentor musim ketiga pada 2009 dirawat di hospital itu kerana mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu. Berita sedih pemergian Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam itu disampaikan adik lelakinya, Aldrich yang menjaganya di hospital. Aldrich menyatakan bahawa abang dia sudah tiada. Terdahulu, Chaq sudah seminggu ditidurkan akibat kecederaan yang dialami itu. Menurut keluarga, penyanyi sambilan…
7 Rumah, 6 Kenderaan Rosak Dihempap 15 Pokok Tumbang | Tujuh rumah dan enam kenderaan rosak akibat dihempap 15 pokok tumbang akibat ribut di Taman Desariang, Damansara Damai, awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.19 pagi. Beliau juga berkata, seramai 29 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik serta BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian. Sebaik saja tiba, mereka dimaklumkan terdapat 15 pokok tumbang di lokasi berkenaan membabitkan tujuh rumah terjejas di bahagian…
Dua Polis [email protected] Ditembak Remaja 16 Tahun | Dua pegawai polis di Edmonton, wilayah Alberta, barat Kanada maut ditembak seorang remaja lelaki dalam kejadian pergaduhan keluarga, lapor BBC. Polis di bandar Edmonton berkata, remaja berusia 16 tahun itu turut meninggal dunia selepas menembak diri sendiri. Pegawai terbunuh ialah Travis Jordan, 35, yang sudah lebih lapan tahun berkhidmat dan Brett Ryan, 30 yang berkhidmat selama lebih lima tahun. Ketua Polis Dale McFee berkata, dua pegawai itu ditembak selepas menerima panggilan mengenai pergaduhan di sebuah pangsapuri di Edmonton, kira-kira 12.47 tengah malam (waktu tempatan), pada Khamis minggu lalu. Menurutnya, panggilan dibuat ibu…
Akauntan Siasat Kes Rasuah Berprofil Tinggi [email protected] Ditembak | Seorang akauntan Afrika Selatan yang sedang menyiasat kes rasuah berprofil tinggi ditembak mati bersama anaknya. Cloete Murray, 50, adalah pihak penyelesai (liquidator) kepada Bosasa, sebuah syarikat terbabit skandal kontrak kerajaan selain liquidator kepada firma yang dikaitkan dengan keluarga Gupta yang menafikan tuduhan rasuah. BBC melaporkan, polis sedang menjalankan siasatan kemungkinan kes pembunuhan Murray mempunyai kaitan dengan siasatan rasuah itu. Dalam kejadian Sabtu lalu, Murray menaiki Toyota Prado bersama anak lelakinya Thomas, 28, yang juga penasihat undang-undang, dalam perjalanan pulang ke rumah di Pretoria, sebelum ditembak lelaki tidak dikenali di Johannesburg. Anak lelakinya meninggal…
Penjawat Awam Mengaku Tidak Bersalah Memandu Ketika Mabuk | Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk di hadapan Pos Pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh minggu lalu. Jazvinjit Singh Ranjit Singh, 30, yang bertugas di sebuah hospital dekat sini membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta jenis Honda Civic dengan kadar alkohol melebihi had yang ditetapkan. Selepas ujian nafas dijalankan, didapati dalam badan tertuduh mengandungi sebanyak 167 miligram alkohol dalam 100 mililiter…
Hari Pertama Sekolah Pelajar Tersepit Di Besi Penutup Longkang | Hasrat memulakan sesi persekolahan dalam keadaan ceria dan lancar tidak kesampaian bagi seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, pada Isnin. Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu telah terjatuh dan tersepit pada besi penutup longkang selama 20 minit sebelum berjaya diselamatkan. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan lokasi. Beliau berkata, berdasarkan laporan, kejadian melibatkan seorang mangsa pelajar perempuan berusia 16 tahun yang…
Lelaki Didakwa Cabul Wanita Di Dalam Tandas Masjid | Seorang wanita berkeperluan khas telah menjadi mangsa cabul seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku di sebuah tandas masjid. Kejadian yang berlaku di Jakarta, Indonesia itu menyaksikan pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki bernama Maman Suhendra yang didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut terhadap seorang wanita berkeperluan khas. Menurut Ketua Polis Daerah Cikarang Utara, Kompol Samsono menjelaskan mangsa telah dicabul di tandas Masjid Al-Maqfiro di daerah Bekasi pada minggu lalu. Pihak polis berkata, kejadian yang menimpa wanita itu berlaku ketika dia sedang berjalan untuk membeli makanan. Tiba-tiba mangsa telah dipanggil oleh suspek…
Peniaga [email protected] Dibelasah 10 Lelaki Mabuk | Seorang lelaki tempatan dilaporkan maut dipercayai dipukul 10 lelaki mabuk termasuk dua warga asing dalam satu kejadian di sebuah pusat hiburan sekitar Kompleks Metro Pudu, semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung pergaduhan tersebut. Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia sekitar jam 4:40 petang pada hari yang sama. Menurut sumber, pergaduhan membabitkan mangsa, 29, bersama 10 suspek dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang bermula dari dalam…
Kemalangan: Seorang Pelancong Singapura Parah, 11 Cedera | Seorang pelancong Singapura parah, manakala 11 yang lain cedera selepas van persiaran dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 139.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Pagoh, hari ini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian jam 5.15 petang, kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, sebuah van persiaran serta dua kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V dan Mazda CX-30. Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dalam perjalanan dari Melaka ke Johor Bahru yang berada di lorong kiri telah merempuh sebuah van di…