Pasangan Pengantin Baharu M@ut. Ini Ceritanya. | Tragis apabila suami isteri yang baru berkahwin ditemukan mati dengan kesan tikaman di badan dekat bilik di rumah mereka, baru-baru ini.

Portal NDTV melaporkan, mayat kedua-duanya ditemukan sebelum resepsi perkahwinan mereka di Raipur, ibu kota Chhattisgarh, kata polis pada Rabu lalu.

Polis mengesyaki berlaku pergaduhan tercetus membabitkan pasangan berkenaan, dan lelaki itu disyaki menikam isterinya hingga mati sebelum membunuh diri.

Menurut seorang pegawai, insiden lewat petang Selasa lalu itu berlaku di Brijnagar, kawasan di bawah kendalian balai polis Tikrapara.

Aslam, 24, dan Kahkasha Bano, 22, melangsungkan pernikahan pada Ahad dan resepsi perkahwinan mereka dijadual diadakan pada malam Selasa lalu.

Difahamkan, pasangan itu sedang bersiap untuk majlis itu di dalam bilik mereka.

Ibu pengantin lelaki kemudian mendengar jeritan mempelai perempuan, jadi dia terus bergegas ke arah bilik bagi melihat apa sebenarnya yang berlaku.

Beliau berkata, bilik itu dikunci dari dalam dan ahli keluarga mengintai melalui tingkap dan kemudian mendapati pasangan itu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Katanya, mereka kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis.

Setibanya di tempat kejadian, polis tidak berlengah dan terus memecahkan pintu.

Mayat pasangan itu kemudian ditemukan dengan kecederaan tikaman dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat, manakala sebilah pisau ditemukan di tempat kejadian.

Dipercayai, ada pertengkaran tercetus antara pasangan itu.

Pengantin lelaki itu menyerang isterinya menggunakan pisau dan kemudian membunuh diri.

Katanya, bagaimanapun, siasatan berhubung kes itu masih berjalan.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Bakal Pengantin M@ut 2 Minggu Sebelum Majlis

Bakal Pengantin M@ut 2 Minggu Sebelum Majlis | Hasrat seorang wanita bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan kira-kira dua minggu lagi tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan melibatkan lori 18 tayar dan kereta di Nakhon Nayok, Thailand baru-baru ini.

bakal pengantin maut

Mangsa, 27 tahun yang difahamkan bakal berkahwin pada 25 Disember ini maut ketika menunggu tunangnya, 30 tahun menjemputnya pulang dari tempat kerja dari sebuah kilang di Jalan Lebuhraya Persekutuan No.33.

Imbas kembali kejadian, segalanya bermula apabila mangsa ketika itu sedang menunggu (berdiri) tunangnya datang menjemput di depan kilang tempat dia bekerja.

Namun tidak diduga, pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport milik tunangnya yang hampir tiba di lokasi menunggu telah dirempuh oleh sebuah lori panjang 18 tayar dari arah belakang.

Disebabkan rempuhan itu, pacuan empat roda tersebut telah bergerak laju dan melanggar mangsa yang sedang menunggu di tepi jalan secara tidak sengaja.

Lelaki (tunang) itu bergegas keluar dari keretanya untuk memeriksa keadaan mangsa, namun malangnya mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam keadaan itu, lelaki tersebut hanya mampu memeluk mayat mangsa dan menangis meratapi pemergiannya sekelip mata.

Difahamkan lelaki itu hanya mengalami cedera ringan, dalam masa sama seorang wanita berusia 48 tahun yang sedang menunggang motosikal berhampiran tempat kejadian turut tercedera.

Sementara itu, suspek, 46 tahun berkata sebelum kejadian, dia memotong beberapa kenderaan lain sehingga menyebabkan pemanduan lorinya hilang kawalan.

Malah menurut laporan, hasil ujian alkohol mendapati suspek mempunyai lebih 66 miligram (mg) kadar alkohol dalam darahnya.

Sehubungan itu, suspek didakwa mengikut Seksyen 43(2) Akta Trafik Darat (Thailand) iaitu mabuk dengan alkohol atau minuman keras semasa memandu.

Dengan itu, suspek berdepan dengan hukuman penjara selama setahun, denda RM600 (5,000 baht) hingga RM2,600 (20,000 baht) atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Selain itu, suspek juga didakwa di bawah Seksyen 291 Undang-undang Jenayah iaitu memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, kecederaan dan kehilangan aset.

Sekiranya terbukti bersalah, suspek boleh disabitkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM26,000 (200,000 baht).

‘…bakal melangsungkan perkahwinan pada Hari Krismas, 25 Disember’

Menurut Thaiger, tunang mangsa memaklumkan bahawa mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan pada Hari Krismas iaitu 25 Disember ini.

Difahamkan, mereka telah berkenalan dan bercinta sejak 10 tahun lalu dan tidak pernah berpisah setakat ini.

Malah mereka juga sentiasa bersama walaupun ke mana-mana dan disebabkan itu, lelaki tersebut begitu sedih dan tidak dapat membayangkan kehidupannya tanpa bakal isterinya itu kelak.

Sementara itu kakak mangsa berkata mereka merupakan pasangan bahagia malah telah bersama-sama menabung untuk membeli rumah dan merancang perkahwinan.

Tidak hanya itu, studio perkahwinan juga menghantar video kepada tunang mangsa ketika mereka mencuba gaun pengantin sebagai peringatan tentang hari bahagia mereka.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply