SHAH ALAM – Dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) diletupkan penjenayah dalam rompakan di sebuah bank di Setia Alam di sini awal pagi Khamis.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.

“Ada berlaku kejadian sebuah mesin ATM diletupkan penjenayah, siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis.

“Perkembangan akan dikongsikan selepas ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebelum ini, kes yang sama juga hampir pernah berlaku di kawasan Bangi apabila sebuah mesin ATM di Wisma Unikeb yang dipercayai dilakukan dua lelaki bertopeng yang cuba menyamun wang daripada mesin itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada waktu malam.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai dua lelaki yang datang menaiki kereta cuba memecahkan mesin ATM dengan bahan letupan namun kami masih mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, bagaimanapun, suspek gagal melarikan peti wang mesin ATM itu selepas dua kali cuba melakukan letupan pada jam 7.53 malam.

Sehubungan itu, polis sedang mengesan suspek bertopeng yang dipercayai meletupkan mesin ATM itu dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.

Siasatan turut dijalankan unit pemusnah bom, katanya.

Kes ini juga telah mengejutkan ramai penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu kerana kawasan yang dikatakan agak sibuk itu juga mempunyai perompak yang berani mengambil kesempatan.

Sumber: Sinar Harian

 

Baca Juga: Takut Ugutan “Ah Long”, Lelaki Terdesak Bakar Mesin ATM

Seorang lelaki tekad mencuri wang dengan membakar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, akibat terdesak berhutang dengan sindiket peminjam wang ‘Ah Long’ di Wangsa Melawati, ibu negara, pada hari Isnin ini.

Terdesak bayar hutang 'Ah Long', lelaki bakar mesin ATM untuk curi wang

Menurut Superintendan Ashari Abu Samah, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai mesin ATM tersebut dibakar dan terdapat kesan cubaan menebuk lubang untuk mencuri wang.

Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga memaparkan kelibat seorang suspek telah menasuki dan membakar mesin berkenaan menggunakan tong bahan api namun cubaannya gagal.

Beliau juga menyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini bahawa bertindak melalui maklumat risikan, polis telah berjaya menahan suspek warga tempatan berusia 25 tahun dan merampas barangan kes seperti pakaian digunakan semasa kejadian, tong bahan api dan kenderaan yang digunakan.

Ashari berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Khianat dengan api) dan Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan (Cuba curi).

Suspek telah ditahan reman selama tiga hari iaitu mulai 26 Oktober hingga 28 Oktober 2022.

Beliau juga bertambah bahawa siasatan masih berjalan dan kertas siasatan lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Seterusnya, pihak polis juga telah memberi amaran keras agar orang ramai tidak melibatkan diri dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang.

Sehubungan itu, polis juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di atas talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di atas talian 03-21159999 atau di mana-mana Balai Polis berhampiran.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply