Takut Ugutan “Ah Long”, Lelaki Terdesak Bakar Mesin ATM | Seorang lelaki tekad mencuri wang dengan membakar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, akibat terdesak berhutang dengan sindiket peminjam wang ‘Ah Long’ di Wangsa Melawati, ibu negara, pada hari Isnin ini.
Menurut Superintendan Ashari Abu Samah, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai mesin ATM tersebut dibakar dan terdapat kesan cubaan menebuk lubang untuk mencuri wang.
Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga memaparkan kelibat seorang suspek telah menasuki dan membakar mesin berkenaan menggunakan tong bahan api namun cubaannya gagal.
Beliau juga menyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini bahawa bertindak melalui maklumat risikan, polis telah berjaya menahan suspek warga tempatan berusia 25 tahun dan merampas barangan kes seperti pakaian digunakan semasa kejadian, tong bahan api dan kenderaan yang digunakan.
Ashari berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Khianat dengan api) dan Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan (Cuba curi).
Suspek telah ditahan reman selama tiga hari iaitu mulai 26 Oktober hingga 28 Oktober 2022.
Beliau juga bertambah bahawa siasatan masih berjalan dan kertas siasatan lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.
Seterusnya, pihak polis juga telah memberi amaran keras agar orang ramai tidak melibatkan diri dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang.
Sehubungan itu, polis juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di atas talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di atas talian 03-21159999 atau di mana-mana Balai Polis berhampiran.
Sumber: Astro Awani