Akibat Taufan Sitrang jutaan penduduk terputus bekalan elektrik dan menyebabkan jumlah kematian sebanyak 28 . Ini kerana pasukan penyelamat Bangladesh baru sahaja menemukan empat mayat pelaut kapal korek.

Taufan Sitrang. Pasukan Penyelamat Jumpa 4 Mayat Pelaut

Penyelam daripada jabatan bomba menemukan mayat empat anak kapal itu selepas kapal korek berkenaan karam ketika ribut terbabit melanda Teluk Benggala.

Kami menemukan satu mayat malam tadi dan tiga lagi pagi ini. Empat lagi anak kapal masih hilang,” kata jurucakap jabatan bomba, Abdullah Pasha kepada AFP.

Taufan atau angin ribut kerap melanda rantau itu, namun saintis berpandangan perubahan iklim menjadikan fenomena itu lebih kuat dan kerap.

Isnin lalu, Taufan Sitrang membadai selatan Bangladesh, namun pihak berkuasa sempat memindahkan kira-kira sejuta penduduk ke kawasan selamat sebelum ribut itu melanda.

Dengan kelajuan angin 80 kilometer sejam, taufan itu meninggalkan kesan kemusnahan di Bangladesh, yang didiami puluhan juta penduduk, dengan timbunan pokok diterbangkan ratusan kilometer dari pusat ribut sehingga ke Dhaka.

Kerajaan Bangladesh memaklumkan, hampir 10,000 kediaman yang berbumbungkan zink mengalami kerosakan atau musnah, manakala tanaman di kawasan pertanian rosak, ketika negara itu mencatatkan inflasi makanan tertinggi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Elektrifikasi Luar Bandar, Debashish Chakrabarty, memaklumkan hampir lima juta penduduk masih terputus bekalan elektrik setakat hari ini.

Seterusnya ini, kira-kira sejuta penduduk yang dipindah ke tempat selamat dari kawasan rendah, sudah pulang ke kediaman masing-masing.

Pada masa sama, hujan lebat melanda hampir keseluruhan kawasan di negara itu, menyebabkan banjir di beberapa bandar seperti Dhaka, Khulna dan Barisal, yang menerima hujan berjumlah 324, Isnin lalu.

Selain itu, 33,000 pelarian Rohingya dari Myanmar, yang dipindahkan ke pulau yang terdedah ribut, diarah kekal di dalam kediaman masing-masing, namun setakat ini pihak berkuasa belum menerima laporan kematian atau kerosakan. – AFP

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply