Satu letupan di ibu negara Afghanistan hari ini, sebuah bas yang membawa kakitangan pentadbiran Taliban menyebabkan tujuh individu cedera. Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran, berkata letupan itu berpunca daripada periuk api yang dipasang di bahu jalan, namun setakat ini belum dapat dipastikan pihak yang menjadi dalang letupan berkenaan. Beliau berkata, akibat letupan yang mengenai sebuah bas mini daripada Kementerian Rehabilitasi dan Pembangunan Luar Bandar, tujuh individu cedera. Sejak beberapa bulan lalu, beberapa insiden serangan berlaku di kawasan bandar. Bulan lalu, satu serangan oleh individu bersenjata menyasarkan sebuah kenderaan di barat Afghanistan, yang didakwa didalangi DAESH. Serangan itu meragut nyawa lima…
Author: Aliff Mazlan
Kampung Sri Gunung Pulai, seorang lelaki meninggal dunia ketika menyertai aktiviti mendaki Gunung Pulai di sini, pagi tadi. Mangsa, Tee Kok Soon, 55, dilapor pengsan selepas mendaki kira-kira 300 meter sebelum disahkan meninggal dunia sebaik dibawa turun ke kaki gunung. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Mohd Khairil Buang, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan bagi menyelamatkan mangsa pengsan melalui talian terus ke balai itu pada jam 9.49 pagi. Seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian bersama sebuah ‘fire rescue tender’ (FRT) dan sebuah van ’emergency medical rescue tender’ (EMRS). Setibanya Pasukan Keluaran…
Berhampiran kawasan petempatan Projek Perumahan Rakyat (PPR), dua pemancing cemas terserempak seekor gajah betina liar mandi dan minum di Sungai Ketil, Gua Musang, di sini. Fahamie Qhodrad Sibaweh, 30, bersama adik iparnya, Wan Mohd Haikal Wan Mohd Zulkifli, 18, ke sungai terbabit untuk memancing sebelum mengesan hidupan liar itu, kira-kira jam 6 petang semalam. Fahamie berkata, dia sempat merakam aksi gajah betina terbabit sedang mandi selama 25 saat. Ini bukan kali pertama saya melihat gajah liar, tapi tetap terkejut kerana dia muncul di kawasan petempatan ramai penduduk, malah sungai ini jadi tumpuan kanak-kanak mandi-manda. Jadi, berbahaya kepada penduduk berhampiran yang…
Pemilik syarikat mengalami kerugian sebanyak RM100,000 bagi projek membekal bahan mentah dan kering di Negeri ini pada 2013 , namun seorang lelaki mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen harini atas pertuduhan menipu pemilik syarikat tersebut. Tertuduh, Fariz Fadila Ag Kamarudin, 35, yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menawarkan untuk membuat usaha sama dengan syarikat terbabit bagi menjalankan projek itu hingga mendorong pemilik syarikat menyerahkan RM100,000 di daerah Penampang antara Januari hingga April 2013. Fariz Fadila didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh…
Tragedi apabila seorang daripada mereka hilang dibawa arus dalam aktiviti memancing tiga beranak di Sungai Gong, dekat Rawang malam tadi… Mangsa, Muhammad Alif Fahmi Abdullah, 16, disedari hilang selepas hanyut ketika cuba menyeberangi sungai selepas memancing bersama dua ahli keluarga lain. Dua lagi mangsa iaitu Che Azmi Che Hussin, 45 dan Mohammad Faiz Iqbar, 15, masing-masing bapa dan adik tiri Muhammad Alif, bagaimanapun diselamatkan pemancing lain. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.28 malam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi. Sebaik sampai, katanya dua mangsa sudah diselamatkan pemancing lain, manakala seorang lagi masih hilang akibat…
Akibat Taufan Sitrang jutaan penduduk terputus bekalan elektrik dan menyebabkan jumlah kematian sebanyak 28 . Ini kerana pasukan penyelamat Bangladesh baru sahaja menemukan empat mayat pelaut kapal korek. Penyelam daripada jabatan bomba menemukan mayat empat anak kapal itu selepas kapal korek berkenaan karam ketika ribut terbabit melanda Teluk Benggala. Kami menemukan satu mayat malam tadi dan tiga lagi pagi ini. Empat lagi anak kapal masih hilang,” kata jurucakap jabatan bomba, Abdullah Pasha kepada AFP. Taufan atau angin ribut kerap melanda rantau itu, namun saintis berpandangan perubahan iklim menjadikan fenomena itu lebih kuat dan kerap. Isnin lalu, Taufan Sitrang membadai selatan…
Seorang isteri ditendang pada bahagian peha dan pinggang oleh suaminya akibat berang apabila mangsa itu mengajaknya ke mahkamah syariah untuk memfailkan penceraian . Difahamkan suami mangsa adalah seorang jurujual dan sudah berjaya ditahan oleh pihak polis , semalam . Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai guru tadika sudah meminta suami menceraikannya sejak Mei lalu akibat masalah kewangan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata terdahulu wanita itu dikatakan ke rumah ibu mentua di Taman Uda Ampang, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi untuk bertemu suspek berumur 29 tahun dan mengajaknya ke mahkamah bagi urusan…
Dihadapkan ke mahkamah Majistret disini seorang buruh atas pertuduhan memukul isterinya. Selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Mohd izdham Naim Che Aini , tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula Mohd Asrol Kamal Mohd,32. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan tangan terhadap isterinya yang berusia 25 tahun di dalam kereta di Kampung Langgar Tapang Panji di sini, jam 12.01 tengah malam, pada 15 Ogos 2022. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan…
Lebuh Raya utara selatan( PLUS) pagi tadi, dilaporkan motosikal yang ditunggang dua remaja lelaki bergesel sesama sendiri di kilometer 111.3 menyebabkan dua remaja lelaki kemalangan hingga maut. Dalam nahas membabitkan empat motosikal kira-kira jam 1 pagi itu, kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 16 dan 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada badan dan kepala. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata siasatan mendapati ketika kejadian empat penunggang motosikal dalam perjalanan dari Sungai Petani menghala ke Butterworth. Hasil siasatan lanjut, kita mendapati semua mereka menunggang motosikal dengan laju dalam jarak dekat sebelum hilang kawalan dan…
Van pekerja yang dinaiki mereka terbabas melanggar tiang papan iklan, dua parah manakala sembilan lagi pekerja kilang cedera di Jalan Batu 3 Lama berhadapan Klinik Kesihatan Bukit Kuda, awal pagi tadi. Difahamkan, kesemua pekerja termasuk empat wanita dalam perjalanan ke sebuah kilang di Shah Alam sebelum terbabas. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata berdasarkan maklumat awal, kesemua penumpang van berkenaan adalah warga tempatan berusia antara 30 hingga 40 tahun, dalam perjalanan ke sebuah kilang di Shah Alam. Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 6.17 pagi sebelum sepasukan pegawai serta anggota dari…