Seorang isteri ditendang pada bahagian peha dan pinggang oleh suaminya akibat berang apabila mangsa itu mengajaknya ke mahkamah syariah untuk memfailkan penceraian . Difahamkan suami mangsa adalah seorang jurujual dan sudah berjaya ditahan oleh pihak polis , semalam .

Isteri Dipukul, Ditendang Suami. 'Ini' Puncanya...

Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai guru tadika sudah meminta suami menceraikannya sejak Mei lalu akibat masalah kewangan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata terdahulu wanita itu dikatakan ke rumah ibu mentua di Taman Uda Ampang, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi untuk bertemu suspek berumur 29 tahun dan mengajaknya ke mahkamah bagi urusan perceraian.

Suspek didakwa berang lalu menendang bahagian peha dan pinggang mangsa sebanyak dua kali.

Akibat kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang dan disahkan mengalami kecederaan tisu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Mohamad Farouk berkata, suspek ditahan pada jam 6.20 petang sebelum dibawa ke Mahkamah Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Suspek bekerja sebagai jurujual dan sudah berkahwin selama dua tahun serta mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply