Hati suami mana yang tidak hancur apabila mendapat tahu zuriat yang dikandung isteri rupanya anak kepada lelaki lain! Tambahan pula, anak yang dikandung adalah anak kepada bekas kekasih isteri.

Terkini, tular di media sosial tangkap layar hantaran seorang lelaki yang memaklumkan isterinya yang sedang hamil mengidam bau bekas kekasihnya.

“Isteri aku punya gila dia masa mengandung dia mengidam minta nak bau ex boyfriend (bekas kekasih) dia. Masa dia cakap aku ingat gurau rupa-rupanya betul serius.

“Aku cakap bagitau lah wangian jenama apa bekas kekasih dia pakai biar aku cari. Isteri aku cakap dia tak tahu tapi masih boleh ingat bau itu,” tulisnya.

Menurut lelaki itu lagi, akibat berasa kesian dengan anak yang dikandung isteri, dia sanggup guna wang untuk membeli semua jenis wangian yang dijual. Harapannya untuk memenuhi keinginan si isteri.

“Demi anak dalam perut itu aku beli macam-macam wangian masih jugak bukan bau yang isteri aku nak. Aku cakap jangan dilayan perasaan syaitan itu.

“Dah tak pasal merajuk tarik muka dengan aku,” katanya.

Suami tidak mahu meleretkan masalah, dia memberi keizinan kepada isterinya untuk hubungi bekas kekasihnya. Dia lantas meminta lelaki berkenaan untuk menghantar wangian yang dipakai olehnya.

“Akhirnya aku cakap pada isteri aku minta dia hubungan bekas kekasih dia suruh kirimkan minyak wangi apa dia pakai. Aku malas nak panjang cerita,” ujarnya.

Lebih menyedihkan, lelaki tersebut dimaklumkan rupa-rupanya isterinya pernah curang dengan bekas kekasihnya itu. Malahan, anak yang dikandungnya juga datang daripda benih bekas kekasihnya!

“Untuk status anak dalam kandungan, berat untuk aku beritahu yang statu bayi tersebut bukan darah daging aku. Terlalu kecewa bila aku ingatkan balik semasa aku tahu keputusan ‘paternity’ dan DNA itu,” luah lelaki itu dengan sedih.

Ramai netizen yang mengikuti kisahnya menitipkan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut.

“Kuat semangat bro, kalau dia bukan jodoh, lepaskan dia cara baik, kalau kau ikhlas dengannya, bimbingnya jadi isteri yang sempurna,” kata salah seorang pengikutnya.
Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply