Lelaki Ini Kongsi Kisah Hidup Berubah Selepas Amalkan Pesanan Orang Tak Dikenali.

“Paling best Allah S.W.T rezekikan aku untuk kerja seminggu 2 hari ja. Sabtu Ahad kerja. Cuti Isnin – Jumaat . Alhamdulillah.”


Kisah ini tentang seorang lelaki yang tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana satu nasihat ringkas daripada orang yang tidak dikenali.

Pada waktu itu, hidupnya biasa-biasa sahaja, berniaga sekadar cukup makan, ibadah pula ada masa dijaga, ada masa terlepas. Semuanya nampak normal, sehinggalah satu hari dia didatangi seorang lelaki tua yang menegurnya dengan kata-kata yang sangat sederhana, namun penuh makna.

Dia tidak terus berubah. Malah, nasihat itu hanya singgah sepintas lalu di fikirannya. Namun, apabila hidup mula diuji dengan pelbagai masalah dan kesusahan, kata-kata itulah yang kembali bermain di benaknya seolah-olah satu panggilan untuk dia berubah.

Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang tidak pernah dia jangka… Perjalanan yang akhirnya membuka pintu rezeki, menyelesaikan kesulitan, dan mengubah seluruh arah hidupnya menjadi jauh lebih baik.

Jom ikuti kisah di bawah…

Dulu saya solat lubang². Satu hari ketika berniaga ada seorang pakcik mamak berpakaian Sunnah datang jumpa saya tanya khabar dan tanya macam mana niaga ? Saya kata OK ja. Alhamdulillah.

Lepas tu dia nasihat, dik jika nak bisnes maju Solat Subuh jemaah jangan tinggal lepas solat sedekahkan 3 Qul pada mak ayah, InshaAllah bisness akan maju. Lepas tu dia hulur 50 bagi aiskrim pada budak2 kat sini.

pesanan

Selepas beberapa minggu, pakcik mamak tu datang lagi, nasihat perkara yang sama. Aku jawap ok ja. Yang best nya aku dapat rasa dia nak hulur 50 lagi ni. Memang betul, lepas nasihat dia hulur Rm50.

Masa berjalan, kerja tak menentu hidup banyak hutang, masalah banyak, depression semua tak kena, waktu susah tu lah pesan pakcik mamak tu teringat ingat dalam kepala ni. Kemudian aku nekad lah jaga solat subuh jemaah. Lepas solat sedekahkah 3 Qul pada kedua ibu bapa ku.

Masa berjalan lagi,, Maha baiknya Allah swt ni, Allah swt banyak buka jalan keluar masalah pada aku. Allah S.W.T telah selesaikan banyak masalah. Dari dulu hutang kredit kad, kereta rosak dapat beli kereta baru. Rumah sewa dapat beli rumah. Tak ada anak Allah S.W.T rezekikan anak.

Banyak lagi. Sehingga paling best Allah S.W.T rezekikan aku untuk kerja seminggu 2 hari ja. Sabtu Ahad kerja. Cuti Isnin – Jumaat . Alhamdulillah.

Boleh katakan zaman kegemilangan lah, dapat masuk TV, dapat masuk majalah, dapat masuk surat khabar, Job dengan artis, Dato Datin, Menteri, jadi mentor peniaga aiskrim, banyaklah Allah S.W.T buka jalan penyelesaian.  Asbab permulaan dengan jaga solat Subuh. Tapi saya yakin, usaha saya ni tak ada apa. Ada doa seseorang di belakang saay ni yang Allah S.W.T terima.

 

Sumber : Thread penjualaiskrim

Share.
Leave A Reply