Dr Akmal

Putus Harapan Tunaikan Haji. Dr Akmal Terima ‘Hadiah Paling Bermakna’.

“Di kala putus harapan untuk menunaikan haji tahun ini, di kala diuji dengan pelbagai dugaan, di kala rasa tidak mampu berbuat apa-apa, rupa-rupanya Allah datangkan hadiah yang paling bermakna buat diri ini.”


 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila terpilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji pada musim 2026, satu rezeki yang disifatkan beliau sebagai hadiah paling bermakna dalam hidupnya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok @drakmalsaleh, beliau berkongsi detik penuh emosi apabila tawaran tersebut hadir ketika dirinya hampir berputus asa dan berdepan pelbagai ujian hidup.

“Di kala putus harapan untuk menunaikan haji tahun ini, di kala diuji dengan pelbagai dugaan, di kala rasa tidak mampu berbuat apa-apa, rupa-rupanya Allah datangkan hadiah yang paling bermakna buat diri ini.

“Terima kasih Allah, terima kasih kepada semua yang banyak mendoakan saya. Terlalu kerdil rasanya diri ini,” tulis beliau di ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi 1 minit 9 saat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika menghubungi ibunya bagi menyampaikan khabar gembira tersebut. Beliau turut berkongsi tangkap layar surat tawaran rasmi bagi menunaikan ibadah haji pada musim 2026.

@drakmalsalehDikala putus harapan untuk menunaikan haji tahun ini, Dikala diuji dengan pelbagai dugaan Dikala rasa tidak mampu berbuat apa2 Rupa-rupanya Allah datangkan hadiah yang paling bermakna buat diri ini Terima kasih Allah,terima kasih kepada semua yang banyak mendoakan saya Terlalu kerdil rasanya diri ini♬ original sound – Dr akmalsaleh

Korbankan Impian Haji Demi Selamatkan Nyawa

Sebelum ini, Dr Akmal dan isterinya sememangnya menyimpan hasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini. Namun, impian tersebut terpaksa ditangguhkan selepas beliau mengetahui mengenai seorang kanak-kanak yang memerlukan dana besar bagi menjalani pembedahan hati.

Menyedari bahawa nyawa lebih utama, Dr Akmal bersama isterinya membuat keputusan menyerahkan simpanan mereka sebanyak RM120,000 kepada keluarga adik Medina bagi tujuan rawatan.

“Jika kita nak beri sesuatu pada orang, berilah apa yang paling kita sayang.

“Rezeki Medina Allah gerakkan saya kumpulkan duit dalam beberapa tahun ni, ingatkan untuk pergi haji tetapi sebenarnya untuk kos rawatan Medina rupanya.

“Moga Medina dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik seperti anak-anak yang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Keputusan itu dimaklumkan sendiri oleh Dr Akmal ketika berkunjung ke rumah adik Medina dan dikongsikan kepada umum melalui media sosial.

@drakmalsaleh Jika kita nak beri sesuatu pada orang,berilah apa yang paling kita sayang Rezeki medina Allah gerakkan saya kumpulkan duit dlm beberapa tahun ni ingatkan untuk gi haji tetapi sebenarnya untuk kos rawatan medina rupanya Moga Medina dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik seperti anak-anak yang lain #drakmalsaleh ♬ original sound – Dr akmalsaleh

Nyawa Lebih Berharga Dari Segalanya

Difahamkan, adik Medina memerlukan dana sekitar RM180,000 bagi menjalani pembedahan pemindahan hati di sebuah hospital di China. Menurut Dr Akmal, wang simpanan tersebut lebih bermakna apabila digunakan untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak.

“Mungkin Allah tak panggil saya lagi. Duit ni memang untuk Medina. Yang lebih penting nyawa dia,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa adik Medina agar segera memaklumkan kepada pihak Yayasan Nanyang supaya proses rawatan dapat dipercepatkan kerana keadaan Medina sangat bergantung kepada masa.

@drakmalsaleh Dari impian menunaikan haji Kini impian saya nak lihat adik Medina sembuh dan sihat seperti anak-anak yang lain Doakan adik Medina ya 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 #drakmalsaleh ♬ original sound – Dr akmalsaleh

“Nyawa dia bergantung dengan masa. Walaupun nampak sihat, sebenarnya keadaannya boleh merudum,” jelasnya dalam nada sebak.

Sebagai seorang bapa, Dr Akmal mengakui beliau memahami sepenuhnya perasaan ibu bapa Medina yang hanya mahukan anak mereka kembali sihat.

“Macam anak saya juga. Kalau boleh, nyawa kita pun kita nak bagi pada anak,” katanya.

Beliau turut menenangkan ibu bapa adik Medina dengan menyatakan bahawa bantuan tersebut bukan rezekinya, sebaliknya hanya sebuah perantaraan.

“Allah bagi saya ni transit je. Sebenarnya memang rezeki adik Medina. Yang penting Medina dapat rawatan,” ujarnya sambil memujuk.

Menutup bicara, Dr Akmal sekali lagi menegaskan prinsip hidupnya.

“Kalau kita nak bagi pada orang, berilah apa yang paling kita sayang. Saya memang nak pergi haji, tapi mungkin belum masanya,” katanya dalam linangan air mata.

Kisah pengorbanan ini nyata menyentuh hati warga maya yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan Dr Akmal, isterinya serta adik Medina.

Sumber : Dr Akmal

Share.
Leave A Reply