Lelaki Ini Kongsi Kesan Tak Sentuh Phone 1 Jam Lepas Bangun Pagi. Hasilnya Memang Mengejutkan!
“Dulu, rutin pagi aku memang ‘toksik’. Buka mata je, benda pertama tangan meraba cari phone kat tepi bantal.”
Seorang lelaki berkongsi pengalaman bagaimana satu perubahan kecil dalam rutin paginya. Iaitu tidak menyentuh telefon selama sejam selepas bangun tidur.
Perubahan ini berjaya memberi kesan besar terhadap emosi, fokus dan ketenangan mentalnya sepanjang hari. Awalnya nampak remeh, namun selepas diamalkan secara konsisten selama tiga bulan, beliau menyedari perubahan ketara dalam cara dia mengawal mood dan menghadapi kehidupan seharian.
Hanya Kerana Picit Jerawat, Suami Masuk ICU & Meninggal Dunia.
Jom baca kisah selanjutnya…
Tiga bulan lepas aku mula amalkan rutin tak sentuh phone sejam pertama lepas bangun tidur. Mula-mula memang liat gila, tapi tak sangka benda simple ini boleh ubah mood dan ketenangan mental aku 180 darjah.
Dulu, rutin pagi aku memang ‘toksik’. Buka mata je, benda pertama tangan meraba cari phone kat tepi bantal. Mata sebelah je buka, tapi terus scroll IG, baca berita negatif kat X, reply mesej kat WhatsApp. Belum pergi mandi lagi tapi kepala otak dah serabut dengan masalah dunia.
Kesan dia? Sepanjang hari aku rasa nak marah, kelam-kabut, dan rasa macam hari tu tak cukup masa.
Rupanya bila kita bangun je terus tengok phone, kita dah biarkan orang lain (dan algoritma media sosial) kawal mood kita untuk hari tu. Kita dah bagi tenaga kita kat luar sebelum kita recharge diri sendiri.
Satu hari aku nekad nak ubah. Aku beli jam loceng murah, dan aku letak phone jauh dari katil sebelum tidur.
Esok paginya bangun, jam loceng bunyi. Aku bangun tutup jam, kemas katil, buka tingkap bagi cahaya masuk, dan minum air masak. Sumpah rasa pelik dan janggal gila.

KESAN MINGGU PERTAMA
Minggu pertama tu tangan memang gigil nak pegang phone. Rasa FOMO (Fear Of Missing Out) tu kuat gila. “Entah-entah ada mesej penting ke, ada gosip baru ke.”
Tapi aku tahan je. Sejam pertama tu aku cuma duduk diam kat luar rumah, ambil angin pagi, mandi dengan tenang, dan sarapan tanpa skrin.
AKHIRNYA…
Masuk bulan ketiga ni, beza dia… Ya Allah, luar biasa.
Otak rasa sangat clear (lapang). Takde lagi anxiety pagi-pagi. Bila kita mula hari dengan tenang, automatik sepanjang hari tu kita akan rasa lebih sabar, produktif dan tak mudah melenting.
Rupanya ketenangan mental ni bermula dari macam mana kita lalui 60 minit pertama lepas kita buka mata.
Own your morning, and you will own your day.

Sumber : Thread _cik.shah




